Steam kata aku hanya main empat game sahaja tahun ini, 98% daripada masa keseluruhan adalah memainkan game Black Mesa yang baru sahaja dimuat turun beberapa minggu lepas. Serius, tahun ini aku lebih banyak main (atau memainkan semula) game konsul *PS4 Pro - Doom Eternal, Doom 2016, Days Gone dan Red Dead Redemption II.
Kecuali Left 4 Dead, kedua-dua game Wasteland 2 dan Wasteland 3 yang dimainkan hanyalah sebagai benchmark untuk mencuba kemampuan PC harian Core i3 aku yang tak seberapa.
Ada bajet mungkin tahun depan akan menaik taraf perkakasan PC aku supaya sekurang-kurangnya mampu memainkan game pra-2020 dengan lancar. Banyak lagi game yang dimuat turun daripada Steam dalam katalog aku yang belum dimainkan sepenuhnya disebabkan kekangan perkakasan.
Ketika entri ini ditaip, aku baru sahaja memasukkan dalam bakul game Tomb Raider I-III Remastered yang kebetulan ada promosi diskaun 70% daripada Steam. Akan dibuatkan entri berasingan jika ia telah dimuat turun dan dimainkan kelak.
_____
AADI: *The Outer Worlds pun hanya sempat main 30-45 minit.





0 comments
Post a Comment