The Outer Worlds, satu lagi game yang dalam senarai ingin dimainkan sejak zaman PKP dulu. Selepas lima tahun barulah tertarik picu untuk mendapatkannya. Inipun hanya mendapatkan unit terpakai (used) untuk harga ekonomi menerusi platform Shopee.
Dipesan seminggu sebelum Ramadhan kononnya untuk nocturnal gaming sambil menunggu waktu sahur (macam Days Gone zaman PKP dulu). Tapi seller pula tersalah hantar game *FIFA21 yang tertukar dengan order pembeli lain.
Agak malang kerana aku memilih opsyen pos laut ekonomi, kena tunggu dua minggu baru sampai. Lepas tu pulangkan semula untuk gantian dan terpaksa menunggu lagi seminggu. Inipun baru saja diterima semalam, dah nak masuk minggu terakhir Ramadhan, dah hilang kehangatan untuk nocturnal gaming sebab sibuk persiapan nak balik raya.
Game bergenre FPS-RPG ini rilisan 2019 oleh Obsidian dan Private Division, gameplay seperti Fallout New Vegas tapi dengan latar belakang di angkasa lepas menggunakan enjin Fallout 4. Sempat memainkannya malam tadi beberapa jam untuk percubaan dan ia masih lagi relevan dimainkan pada 2025. Tunggu ada mood dan masa terluang untuk kembali aktif berkonsul, mungkin selepas raya...
*Serius, FIFA22 dan FIFA23 yang pukal sekali dengan PS4 Pro pun tak tersentuh. NFS Heat pula dah lelong tapi rasa menyesal sebab lelong terlalu murah (trade-in). Kalaulah ada geng yang suka main/kumpul game FIFA dapat tukar (trade/swap) dengan game lain bergenre FPS atau action, sila hubungi aku...
_____
AADI: The Outer Worlds 2 pun katanya akan dirilis tahun ini, tapi bukan untuk PS4.
0 comments
Post a Comment