Kebelakangan ini terasa rindu nak main game PlayStation 4 terutama game Days Gone dan *The Last Of Us Remastered. Kerana kedua-duanya bertemakan post-pandemic pasti ia akan mengingatkan aku pada musim pandemik/PKP dua tahun lepas ketika ia dimainkan.
Sayangnya konsol PS4 aku sudahpun dilepaskan, ditukar (trade) dengan bass Francesco ketika peralihan fasa PKP kepada PKPB sekitar Jun 2020. Faktor utamanya adalah gaming fatigue, faktor sekunder kerana bakal menyambut baby baru yang dijangka lahir bulan September/Oktober tahun tersebut. Ikut pengalaman, bila dilanda baby blues memang tiada masa untuk berhobi apatah lagi berkonsul. Tapi aku hanya merancang, tuhan lebih menyayanginya.
Tergerak hati juga untuk mendapatkan semula seunit konsol PS4 baharu tak kisahlah versi Fat, Slim atau Pro (GAS tahun lepas). Sepatutnya harga PS4 turun kerana faktor PS5, tapi yang menghairankan sekarang harganya lebih mahal berbanding ketika aku memperolehi penghujung 2016 dulu. Opsyen kedua cuba untuk mendapatkan unit terpakai.
PC gaming? Kos seunit konsul PS4 lebih "murah" berbanding menaiktaraf PC aku sekarang. Dilema yang sama seperti tahun 2015. Nampaknya kenalah lepaskan 1-2 gitar atau gajetnya untuk menampung kos perhobian ini.
_____
AADI: *Aku kurang setuju dengan The Last Of Us Part 1 (aka Remake).
0 comments
Post a Comment