Semenjak menonton filem Sonic 2 tahun lepas, anak autistik aku si Ijau Jr. agak serik untuk ke pawagam, *katanya "cinema is too loud". Agak terkejut pula bila sebelum cuti raya dia sendiri yang ingin menonton filem The Super Mario Bros. Movie di pawagam. Dan aku berjanji membawanya selepas raya.
Kebetulan minggu lepas hari lahirnya yang kelapan dan minggu depan pula ke-11 kakaknya si Lil'Ijau, alang-alang bawa sekeluarga terus sebagai birthday treats. Memilih tanyangan 10.45 pagi Sabtu lepas di family friendly hall TGV Bintulu. Hanya ada tiga keluarga menonton sessi ini dan dewan terasa agak lapang. Juga merupakan kali pertama anak ketiga aku si Arlo masuk pawagam. Mrs. Ijau pun kali pertama menjejak kaki di TGV Bintulu, nampak sangat bukan kaki wayang hehehe... Zaman ehem-ehem dulu pernahlah dibawa ke Star Cineplex beberapa kali.
*Kali ini aku perasan 90-95% masa memang dia fokus menonton Mario sampai babak post-credits, selebihnya meronda-ronda dewan bersama adiknya si Arlo. Tidak seperti ketika Sonic 2 separuh jalan sudah bosan nak ajak balik.
Bijak juga untuk Nintendo menggunakan khidmat studio Illumination (Despicable Me, Minions) berbanding studio animasi lain (DreamWorks, Pixar), kerana gaya animasi dan lawak Illumination agak unik. Juga di bawah Universal, mesej wokeness tidaklah ketara walaupun ada sedikit, tidak seperti rilisan-rilisan kompeni tikus hitam tu.
Bukan setakat mengetengahkan elemen game Mario Bros., tapi apa-apa franchise Nintendo lain yang ada watak Mario di dalamnya; contohnya Mario Kart, Donkey Kong dan Wrecking Crew ada dalam filem ini. Sedikit sebanyak mengimbau kenangan zaman NES dulu (walaupun hanya memainkan Micro Genius).
Family friendly 5/5, bapa budak zaman NES 5/5.
_____
AADI: Harap suatu hari nanti mereka akan buat filem crossover Smash Bros pula.
0 comments
Post a Comment