Kredit kepada pihak Pemuzika Bintulu kerana berjaya mengelola program sebegini dengan lancar tanpa dana yang besar, disokong oleh pihak Paragon yang menaja tapak dan tauke-tauke PA system sekitar Bintulu (termasuk Hepi Sound) untuk kolaborasi PA system yang mantap.
Aku tiba sekitar 1.15 petang, walaupun sudah mendaftar dan mengambil sijil penyertaan pada sebelah paginya sambil membawa keluarga jalan-jalan melihat persiapan. Mendengar taklimat ringkas untuk kelompok gitaris belakang (kami la tu) supaya volume tidak overkill, sebelum pemilihan tapak dan soundcheck.
Rig ringkas - gitar, wireles Takstar WGV-601, Boss GT-1 terus ke Laney IRT-X. Kali ini aku membawa So-Cal sebagai gitar utama atas faktor mojo Charvel, Neon pula sebagai backup disimpan dalam kereta. Oh ya, tak lupa kamera Go-Amateur yang dipasang pada headstock gitar untuk rakaman video kenang-kenangan peribadi.
Dah berjanji dengan Bro Eden (REG Studio) untuk memilih tapak yang berhampiran. Rasanya kali terakhir aku bergandingan dengan Bro Eden adalah semasa konsert Metallica Kuala Lumpur tahun 2013 dulu, fuhh~ Dah lima tahun. Walaupun seBintulu, tapi jarang berjumpa, akupun dah lama tak menjejakkan kaki ke REG Studio.
Sessi soundcheck dan raptai penuh sekitar 3.00 petang berjalan lancar, rehat sebentar sebelum acara perasmian dan persembahan pukul 4.00 petang.
Acara rasmi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku (fuh rasmi gila), ucapan Pengerusi Pemuzika dan seterusnya perasmian oleh Setiausaha Politik Ahli Parlimen Bintulu (sebagai wakil).
Seperti biasa, disertakan video "live" ketika hari kejadian daripada Facebook Bintulu Info. Rasanya cuma aku seorang saja yang pakai gitar warna hijau, kah kah kah...
Agak terkejut kerana ada lagu encore Sweet Child O' Mine, lagu yang tidak dimainkan semasa latihan ataupun rehearsal, ramai yang terkial-kial termasuk aku. Tapi tak mengapa (parap-parap) hentam sajalah, kalau rasa salah, off saja volume gitar.
Tak banyak gambar yang ada dalam kamera telefon aku. Tiada masa nak multi-tasking, cuma harapkan gambar-gambar cilok daripada Facebook rakan-rakan. Video dan gambar dalam Go-Amateur pun belum aku tonton sepenuhnya.
Herman Akmal (NV Unity) menggayakan t-shirt Tahi Suci, dan kelibat amp ex-Vox VT40+ bersama-sama VFS5 kepunyaan Azrol (tidak ikut serta) yang digunakan oleh Akmal. Masih bertahan hampir lapan tahun.
Fakta-fakta menarik Sarawak Rock & Mob 2018:
- Pertama di Sarawak dan kedua di Malaysia selepas Perlis.
- Berjaya memecahkan rekod 150 orang penyertaan, iaitu 158 hahaha...
- Penyertaan termuda umur 6 tahun bermain drum elektrik.
- Paling veteran rasanya Pak Yep Hanafi (Pro-X band) kot?
- Cuaca memang mengizinkan, panas dan cerah sehingga petang.
- Geng-geng Harley Davidson Bintulu (geng Bro Eden ni) pun datang memberi sokongan.
- Sebelah malam ada gig santai, MUP dapat slot kedua terakhir, main pukul 12.00 tengah malam, hambek kau!
Aku berhenti di sini dulu, habis idea... Kalau ada idea, info dan gambar tambahan aku sambung lagi.
[03/04/2018 - Gambar-gambar tambahan]
Selamat Hari Kesedaran Autism Sedunia 2018
Yang juga disambut pada hari ini 02/04/2018.
Bila dikurniakan anak yang didiagnosis mempunyai ciri-ciri autism spectrum disorder, barulah aku faham apa itu autism. Yang pasti golongan autism ni ada ciri-ciri istimewa, Ijau Jr. yang aku perhatikan dapat menghafal nombor 1-10 (Bahasa Melayu dan English), ABC dan alif-ba-ta dalam masa yang singkat.
_____
AADI: Autism awareness leads to autism acceptance.
3 komen:
nice review
Mcm stail lollapaloza.
Steady!
Post a Comment