Ketiga-tiga anak aku sepakat melobi aku untuk tengok Papa Zola The Movie: Game On sejak ia dirilis minggu lepas. Memilih tayangan 10.05 pagi Sabtu (20/12/2025), seperti biasa Play Hall GSC Bintulu menjadi pilihan jika menonton bersama anak-anak. Tapi kali ini hanya aku dan anak-anak sahaja yang pergi, Mrs. Ijau tak ikut. Memang dad and kids day out lah jadinya, sesuai dengan tajuk filem...
Pada pendapat aku, Monsta Studios terlepas peluang untuk menunjukkan kehebatan sebenar Papa Zola ketika filem kedua BoboiBoy Movie 2 (minit 1:42:29). Sepatutnya ketika ini Papa Zola bertarung secara serius kerana Pipi Zola disakiti, tapi masih "dilawakkan" dengan moniker Papayam.
Tanpa membuka banyak spoiler, aku boleh bagi tiga rumusan untuk filem - Pertama, ia merupakan redemption arc untuk watak Papa Zola setelah "dilawakkan" sepanjang siri/filem BoboiBoy dan "dibuli" anak isteri dalam siri Papa Pipi.
![]() |
| Betul, dalam filem ni ada Bas Mini Wilayah. |
Kedua, menceritakan sedikit sebanyak latar belakang (back story) Papa Zola dan Mama Zila sebelum era BoboiBoy (tahun 80/90an? Sebab KL masih ada bas pink). Dan sedikit terungkai misteri bagaimana Papa Zola boleh jadi watak game (yang melawan Raksasa Tidur) dalam musim pertama BoboiBoy.
Ketiga, filem ini seperti ditujukan khas buat mereka yang bergelar ayah. Jika anda seorang ayah atau father figure sesebuah keluarga, pasti akan ada babak yang membuatkan anda mengalirkan air mata atau sekurang-kurangnya terasa sebak di dada.
Jika anda peminat BoboiBoy universe - 10/10.
Jika anda berstatus ayah tapi tak follow BoboiBoy universe - 7/10.
Jika anda peminat BoboiBoy yang berstatus ayah - 11/10 must watch!
Jangan keluar awal, sebab ada dua post-credit scenes (macam Marvel) yang ada kaitan dengan projek filem ketiga BoboiBoy.
_____
AADI: Juga ada cameo BoboiBoy, Gopal, Amato dan geng kedai kopi Tok Aba.





0 comments
Post a Comment