Sambungan entri ini...
Selepas dibersihkan secara teliti, perancangan awal ingin menggunakan set pikap Seymour Duncan Jazz dan JB Trembucker (kontot), tapi atas beberapa faktor ia terpaksa dibatalkan.
Warna biru asal, bawah bridge. |
Faktor utama ialah skru-skru kutub (pole screws) kedua-dua Duncan ini agak panjang di bawah pikap, terkena pada badan gitar dan pikap tidak dapat direndahkan lagi. Meninggalkan hanya 2-3 mm ruang antara pikap dan aras tali, agak tidak relevan untuk setup pikap pasif.
Dicuba pula dengan set pikap asal Swede yang memiliki skru kutub agak pendek dan pikap bridge dalam saiz f-spaced/trembucker. Bila dipasang, set pikap ini amat sepadan dalam kaviti, bingo!
Faktor pikap generik ini sekurang-kurangnya jika ia dilepaskan kelak, harga keseluruhannya tidaklah terlalu tinggi berbanding jika mengambil kira kos Seymour Duncan.
Dipasangkan dengan konfigurasi suis asal RGA42FM - neck (8k), neck parallel (2k), neck/bridge (5k), neck/bridge split (3k), bridge (12k). Juga meneruskan legasi YusTech dengan mengikat kemas wayar-wayar yang ada dengan cable tie.
Proses terakhir dipasangkan dengan set tali Harmony HE01 (9-42), ditala dan diintonasi pada E-standard. Maka selesailah proses restorasi membersih, menservis dan memasang pikap gitar ini, kini ia sudah boleh beraksi sebagai sebuah gitar yang lengkap.
Serius, bila sudah biasa memegang gitar jenis singlecut (Les Paul, Eclipse) yang memiliki neck tebal, memegang neck Wizard III Ibanez yang nipis terasa agak janggal. Radius fret pun 400 mm (~15.75") agak rata setelah sekian lama selesa menggunakan radius 12". Akan dipandu-uji seoptimumnya jika ada sessi jammng kelak.
_____
AADI: Bila dah puas hati, barulah iklankan.
0 comments
Post a Comment