Sejak PKP 3.0 diumumkan, gaming mode aku kembali membara dan mula mencari game apa yang boleh dimainkan pada rig Core i3 cikai aku untuk "mengisi masa lapang". Kali ini teringin untuk main game yang santai-santai, mungkin genre real time strategy (RTS).
Ok, sejak penghujung 2017 game StarCraft II boleh didapati secara "free to play" dan boleh dimuat-turun melalui website Battle.net. Tapi hanya kempen Wings Of Liberty dan versus mode sahaja dapat dimainkan, selebihnya dikunci dan berbayar.
Aku pernah memainkan kempen ini 10 tahun lepas (versi sedut), mungkin selepas pusingan kedua ini, kempen lain akan dipertimbangkan untuk "dibeli". Ah, selepas dimainkan beberapa hari, ternyata skill RTS aku juga sudah berkarat (faktor usia?).
Diablo III juga "free to play" tapi hanya dapat main Act I sahaja, selepas itu perlu "dibeli". Ini juga antara game Blizzard yang tak sempat dimainkan ketika ia mula-mula dirilis hampir 10 tahun lepas.
Sebenarnya rindu nak main Days Gone (PS4), disc masih ada cuma konsolnya dah jual, kah kah kah... Tengoklah nanti kalau akal gila-gila, mungkin akan cuba mendapatkan PS4 Pro terus kes harga PS4 turun mendadak kerana hype PS5.
_____
AADI: Game on!
0 comments
Post a Comment