Malam semalam satu daripada koleksi Thomas & Friends (ori Fisher-Price) anak autistik aku si Ijau Jr. rosak dikerjakan adiknya si Arlo sampai tercabut tayar. Dahlah spesifik hero utama (Thomas) yang rosak dan bukannya watak sampingan, mengamuklah si kawan...
Siapa ada anak autistik pasti akan faham kalau dah datang tantrumnya, memang "bergegarlah" rumah, ditambah lagi dengan perasaan sedih tengok Thomas dah rosak. Budak autistik kalau menangis sedih memang kaw-kaw, silap-silap kau sendiri pun akan sebak mengalirkan air mata sebab kesian...
Toys R Us KLIA2, menuju Dystopia. |
Aku mula rajin belikan mainan T&F (siri Push Along, Metal Engine) begini sejak umurnya dua tahun bila dia dah mula minat animasi T&F. Hampir 90% nama watak-watak dia kenal dan ingat nama (kelebihan autism). Setiap kali pergi mana-mana premis Toys R Us, Popular atau Parkson, kalau jumpa watak yang belum ada dalam koleksi, pasti akan dibeli.
Sejak 2017 sampai sekarang, tak pernah satu pun watak-watak T&F dalam koleksinya yang rosak. Memang cermat dia memainkannya, kalau setakat lusuh tu biasalah. Setakat ini sudah ada sekitar 15 watak kepala enjin dalam koleksi - Thomas (2x), Ashima, Diesel, Winston, Luke, Percy, Rosie, Trevor, Toby, Salty, Nia, Frankie, Victor, Emily dan Cranky.
Selain watak-watak kepala enjin, turut dibeli secara berperingkat ialah trek landasan tambahan, gerabak dan struktur bangunan yang serasi (compatible) boleh sambung dengan yang lain, selagi ia berjenama Fisher-Price.
Semenjak Toys R Us Times Square Bintulu dah tutup, tiada lagi tempat untuk mendapatkan mainan T&F ini. Pagi tadi aku cuba meronda premis Popular dan Parkson untuk mencari pengganti watak spesifik Thomas yang rosak di atas tadi.
Sayangnya di kedua-dua premis tadi kini dimonopoli oleh koleksi Hot Wheels yang lebih trending. Kalau terjumpa pun T&F tinggal seketul dua sahaja, itupun watak yang sudah ada dalam koleksi, dan malangnya bukan hero (Thomas).
Opsyen terakhir kini ialah memesannya secara atas talian. Baru sekejap tadi melayar website rasmi Toys R Us Malaysia, Mighty Utan Malaysia dan di platform Shopee/Lazada.
_____
AADI: Juga meminati mainan dinosaurs dan alam fauna.
2 komen:
Malangnya, koleksi Thomas & Friends kami sudah habis dilelong / diborong. Jika tahu ada peminat di seberang, mungkin boleh dikirimkan...
tuan, sebelum ini tiada masalah kerana ada premis Toys R Us berdekatan... tapi bila premis tersebut dah tutup tahun lepas, hilanglah punca untuk mendapatkan produk T&F
Post a Comment