Yang hampir-hampir hype hujung tahun lepas, tapi entah kenapa (aku rasa) ia tidak semeriah rilisan album live
Maiden England '88,
En Vivo! mahupun
Flight 666. Mungkin hangatnya sudah hilang kerana semua orang dapat menontonnya melalui YouTube dan tidak lagi eksklusif kepada mereka yang membeli versi fizikal, dan tidak dirilis (setakat ini) dalam format DVD/Blu-Ray.
|
Simple cover art, I like. |
Tapi buatlah apa rilisan sekalipun, peminat Iron Maiden tetap akan beli, itu yang pasti. Disebabkan perenggan pertama tadi, aku hanya memilih audio CD versi biasa (melalui
Rock At Large) dan bukannya versi deluxe yang berharga mungkin 2-3 kali ganda. Kalau album studio baru seperti
The Book Of Souls lain cerita, aku sanggup beli dua versi,
biasa dan
deluxe.
Dan sehingga entri ini ditaip, aku belum lagi memasang dan mendengar lagu-lagu dalam album ini. Dibuka pun untuk tangkap gambar dan modal buat entri blog. Kah kah kah... Biasalah kalau album live Iron Maiden, what did you expect?
Lagipun hampir kesemua lagu-lagu dalam album live ini aku dah tengok di YouTube. Paling menarik, 3-amigos pandai buat silap mata semasa atas pentas, gitar mereka boleh "bertukar-tukar" warna dan model (kalau faham, bagus). Kali ini lebih kerap berbanding semasa dalam
En Vivo! yang aku hanya terperasan sekali dua. Adakah ia disengajakan? Atau editor main tangkap muat saja?
|
Icon versi Mayan untuk setiap lagu, kalau perasan. |
Formatnya sama seperti
Flight 666, setiap lagu dirakam di negara/bandar yang berbeza semasa konsert jelajah dunia
TBOS 2016-2017. Cuma agak terkilan kerana mereka langsung tidak singgah rantau nusantara untuk jelajah kali ini. Tak singgah KL aku tak kisah, tapi Singapore? Jakarta? Bali? Janji-janji "akan kembali lagi" semasa
Iron Maiden Singapore 2011 hanya tinggal janji. Tak apalah, mungkin masalah pengurusan, penganjur atau promoter rantau sini agaknya.
Harapnya album ini akan dirilis dalam versi *DVD, lagi seronok tonton album live berbanding mendengarnya sahaja. Dan dokumentari ala "the making of" yang biasanya akan ada dalam setiap rilisan DVD mereka. Untuk ulasan panjang lebar, silalah singgah blog
Deaf-Angel dan
Rafi Xyrus.
_____
AADI: *Atau sudahpun dirilis? Mungkin aku yang tertinggal
Ed Force One kapal.
5 komen:
aku punya bukan sahaja belum dengar...tapi inlay dalam pun tak bukak lagi... kah kah kah
That's the problem when you release an album or a live album every few years. All you end up doing is collecting the albums and not really listening to them. I mean, does anyone who really digs Iron Maiden is actually gonna listen to 'Live Chapter' when they want a live experience? No! They're gonna go for 'Live After Death'. And with good reason, because that's when Iron Maiden was still young and you could hear the energy.
Tak hype pasal kt sini semua sibuk nak album baru band dari "USA" tu..heheh
anarch - komen sebegini seolah2 mengatakan kepada pengumpul (collector) "apa faedahnya kau beli dan kumpul?", jika anda seorang collector juga (tak kisah apapun barangnya) sudah pasti anda tidak akan bertanya soalan begini
collector secara amnya akan membeli semata2 untuk melengkapkan koleksi mereka, nak guna/pakai/main/dengar tu belakang kira. contoh; seorang pengumpul hot wheels pasti akan teruja kalau dapat van jenazah tok adi tanah kubur masuk dalam koleksi mereka. tak semestinya mereka akan bermain dengan van jenazah tersebut
untuk kes live chapters ni, video2nya sudahpun diriliskan melalui youtube lebih awal sebelum rilisan fizikal (cd, lp) sampai di pasaran. sudah pasti kaki maiden akan layan versi youtube terlebih dahulu. tak pasti sama ada strategi pemasaran ini bagus atau backfires
dan kebetulan waktu sampai di pasaran, kehangatan aura live chapters tu sudah dingin, mungkin faktor seperti yang dikomen oleh rafi di atas atau mungkin faktor dingin seperti perenggan sebelumnya. namun dibeli juga atas dasar collector
aku pasti ramai peminat maiden yang akan pilih album live rock in rio berbanding live after death... tapi secara logik, album2 live lama tak ada lagu2 baru, lagu2 baru sebeginilah yang ingin didengar dalam rilisan live tersekian kali mereka
aku nak komen panjang2 pun tak guna, senang cerita akan balik kepada perenggan pertama di atas
saya pun akan memilih versi ni..klu album penuh maybe la beli dua2 versi ...hehehe secara peribadi saya tetap memilih live rock in rio adalah no satu dlm mana2 rilisan live dorg..
Post a Comment