Ini bukan filem yang masuk dalam senarai ingin ditonton tahun ini. Tapi atas klausa sudah lama tidak menonton wayang di pawagam sebagai "escapism" maka aku memilih tayangan 7.30 malam Jumaat lepas di GSC Bintulu. Mungkin juga adanya The Rock antara faktor untuk aku menonton filem ini.
Tidaklah menaruh harapan yang tinggi untuk filem ini, aku berpendapat ia hanyalah filem santai aksi komedi generik musim Krismas berdasarkan trailer yang ditonton. Tapi agak sedikit meleset bila elemen sci-fi, dongeng dan mistik mula diselitkan dalam filem ini dan jalan ceritanya menjadi semakin menarik.
Tiada unsur-unsur wokeness yang ketara dalam filem ini, dan ia juga sesuai untuk tontonan kanak-kanak kerana berklasifikasi P12. Selebihnya tak perlukan di-spoiler-kan sangat.
_____
AADI: Terlepas peluang menonton Violent Night (2022) dan Silent Night (2023).
0 comments
Post a Comment