Daripada info Mrs. Ijau, sungai yang melalui kampung ni (Sungai Kut) sebenarnya merupakan sungai buatan manusia dengan kata lain sebuah terusan (canal) untuk menghubungkan dua buah sungai utama di Bahagian Mukah iaitu Batang Oya dan Batang Igan. Aku pernah melalui terusan ni menaiki skaout dari Kampung Tanam, Dalat menuju Sibu tahun 2010 yang lepas.
Ada sesuatu yang menarik perhatian aku semasa perjalanan balik. Terdapat dua buah blok rumah kedai klasik bersebelahan dengan SJK Poi Yuk, dengan warna biru klasik seakan-akan sama warna dengan blok rumah kedai di Pekan Membakut dan pekan-pekan kecil lain di kawasan Pantai Barat Sabah (Bongawan, Kimanis, Papar). Mungkin ia dibina pada era yang sama kot?
Cuma yang membezakan blok rumah kedai ni ialah ia diperbuat sepenuhnya daripada kayu dan dibangunkan 1.0-1.5 meter dari permukaan tanah supaya tidak tenggelam ketika air sungai pasang.
Dan yang lebih menariknya, blok rumah kedai ni masih berfungsi 100% (restoran, kedai runcit). Tidak seperti yang ada di Pekan Membakut yang kebanyakkan penghuninya sudah berpindah ke blok rumah kedai baru.
Susunan barangan kedai runcit yang agak nostalgik dan old-school. Walaupun agak tersorok di pedalaman, tetapi sebotol Coca-Cola 500 ml di kedai ni berharga RM2.00, lebih kurang sama dengan harga standard pasar raya di kawasan pekan.
Mrs. Ijau sempat posing... |
Aku pun sempat... |
Cuma disebabkan kesuntukkan masa, aku tidak sempat masuk ke dalam premis-premis lain. Kalau sempat mungkin aku akan jadi seperti Mike Wolfe dan Frank Fritz.
Oh ya, lupa nak bagi info pada awal entri. Deretan rumah kedai dan rumah saudara Mrs. Ijau terletak di seberang sungai, manakala Imago aku diletakkan di sebelah sini (parked on the other side). Menyeberang sungai ni menggunakan khidmat "teksi" salui (perahu berenjin 9-15 HP).
Terjumpa sebuah blog yang berkaitan dengan Kampung Sungai Kut - Sungai Kut Muara.
_____
Ada apa: Deaf-Angel, ni boleh kira entri tahap National Geographic tak? hehehe...
6 komen:
Adi sepetang...ko sepagi...tajuk memang best...hahaha...
btw...nice entri...
To make things more similar, kedua2 entri kami berdua berkenaan dengan tarikh yg sama iaitu 1/12/2013 hahaha
Terbaik. Nice photos too. Teringatkan aku kat akmpung2 lama yang aku dapat rasa masa kecil, yang dah takde, foto pun takde, zman dulu mana ada kamera2 ni semua, hanya dalam ingatan.
Senang2 ko buat post cam gini lagi, mungkin playground je bagi ko, tapi orang lain tengok jakun.
Trust me, you should snap lots of photos and just store them safely. One day kedai2 kayu gini kat tempat kau pun ada hilang macam semua tempat lain...then semua orang akan start slahkan pembangunan pasal lepaskan all these traditional things.
Mcm era tahun 50an - 60an lak..
time stand still at the iron hill
Post a Comment