Menonton filem Bad Boys: Ride Or Die tayangan 11.00 pagi Ahad lepas di GSC Bintulu, kononnya sebagai escapism bersempena Hari Bapa.
Aku ingatkan filem ketiga Bad Boys For Life yang ditayangkan Januari 2020 (sebelum pandemik) merupakan filem terakhir franchise Bad Boys ini kerana slogannya "ride together, die together". Rupanya ada lagi sekuel selepas empat tahun, ikutkan logik bilalah agaknya Marcus dan Mike ni nak pencen?
Dalam filem ini pun nampak seperti mereka "passing the torch" kepada generasi baharu - Rita, Dorn, Kelly, Judy, Armando dan... Reggie, ya Reggie.
Will Smith dan Martin Lawrence ni antara pelakon Hollywood kegemaranku, tapi semenjak insiden di Academy Awards 2022, aku hilang respek dengan Will Smith. Tapi demi menyempurnakan pengalaman ber-Bad Boys yang diikuti sejak 90an, filem ini memang tidak mengecewakan.
Dalam ketepuan filem-filem Hollywood yang penuh dengan mesej wokeness dan girl bosses mutakhir ini, menonton filem aksi bertestosteron seperti Bad Boys ini memang kepuasan pawagam. Tak kisah sangat pun jalan ceritanya, yang penting aksi tembak-menembak, letup-letup, kejar-mengejar, slow-mo itulah yang meneruskan legasi filem-filem franchise 80an dan 90an, bukannya memperbodohkan watak asal seperti yang terjadi kepada Luke Skywalker, John Connor dan Indiana Jones.
Seperti biasa, tak perlulah spoiler sangat. Cuma ada cameo beberapa selebriti yang tidak disangka-sangka.
_____
AADI: Watcha gonna do?
2 komen:
Dalam ketepuan filem-filem Hollywood yang penuh dengan mesej wokeness dan girl bosses mutakhir ini
- antara sebab malas dah aku nak tengok wayang sekarang
aku biasanya akan tengok dulu spoiler-free review kat YouTube oleh youtubers fandom menace yang dipercayai
kalau ada red flag memang aku tak layan kat pawagamlah walaupun filem tu ada nama-nama besar atau franchise yang diikuti - contoh terkini; Indiana Jones, Ghostbusters
Post a Comment