Lagi sekali dihantar sebuah gitar untuk servis setup, cuci dan pasang tali baharu oleh rakan yang sama menghantar beberapa buah gitar sebelum ini, kali ini sebuah Schecter Hellraiser C-1 FR S.
Rasanya aku tak pernah main gitar-gitar Schecter kecuali Demon-7 FR Azrol. Aku agak bingung dengan sistem penamaan gitar-gitar Schecter semenjak katalog 2011, yang mana satu nama merujuk kepada siri (Hellraiser?) yang mana pula merujuk kepada bentuk (C-1?).
Agak sayang kerana gitar ini bertaraf hi-end setaraf LTD Deluxe/1000-series, tapi tak berapa dijaga. Walaupun nampak masih baharu (batch Disember 2018, World Musical Instrument Co. Ltd. Korea) tapi perkakasan logamnya seperti skru, tuning peg, locking nut, tombol dan bridge Floyd Rose 1000 sudah mula berkarat.
Dan pertama kali juga aku mencuba gitar dengan sistem Sustainiac. Memang keren, terlayan jugalah setengah jam. Tapi untuk jangka masa yang panjang, pada pendapat aku sistem ini agak leceh. Apa yang aku perasan, karekteristik bunyi pikap neck (Sustainiac) dan bridge (EMG81) terasa sama sahaja.
Suis mini 3-arah dekat dengan tombol adalah untuk mode Sustainiac, manakala yang satu lagi suis 2-arah untuk mengaktifkan sistem Sustainiac. Dalam kedudukan off, bukan sahaja sistem Sustainiac tidak berfungsi, malah sebagai pikap neck juga tidak berfungsi.
Jadi tak hairanlah jika gitar ini memiliki dua ruangan untuk bateri 9V, satu untuk pikap EMG81 dan satu untuk sistem Sustainiac. Ruang bateri sebegini lebih senang diakses, hanya buka dan masukkan bateri, tak perlu sambung wayar pada kekutub bateri.
Bila menjenguk isi perut, fuh~ kalau disuruh buat pendawaian semula memang ini tolak. Kecuali kalau sistem Sustainiac itu dikeluarkan. Selain itu, tuan punya juga meminta untuk menservis input jack yang katanya selalu longgar.
Sebelum kerja-kerja mencuci dan pasang tali baharu, truss rod dilaras dengan rujukan produk Music Nomad supaya neck lebih optimum dan action dapat direndahkan.
Selepas dicuci dengan produk Jim Dunlop terutama fretboard, ia dipasangkan dengan tali D'Addario EXL110 (10-46), ditala dan diintonasi pada E-standard seperti yang dipinta. Katanya gitar ini tak pernah bertukar tali sejak dibeli beberapa tahun lepas.
Ironinya bentuk C-1 ini agak selesa dimainkan, perasaan seolah-olah aku memainkan sebuah LTD M/MH-series. Dengan neck yang tidak berapa tebal/nipis, set neck with ultra access seakan-akan neck-thru seperti Horizon aku. Kecuali dengan radius 14" terasa sedikit janggal bila sudah biasa memainkan radius 12" pada majoriti gitar-gitar aku.
Kalaulah aku ada bajet yang sama seperti gitar ini (rujukan), pasti aku akan lebih memilih LTD Deluxe/1000-series atau Charvel Pro Series berbanding Schecter.
_____
AADI: Dulu pernah terGAS Demon-6.
0 comments
Post a Comment