Semua pikap jenama Gibson yang ada dalam inventori Swee Lee kini berdiskaun 30% (tak tahu sampai bila). Mungkin untuk menghabiskan stok kerana Swee Lee bukan lagi pengedar rasmi Gibson yang kini telah dipegang oleh Music Bliss.
Maka terpancinglah seunit pikap Gibson 490T Modern Classic (bridge) berkemasan chrome. Dengan diskaun tadi, harganya kini tahap *mampu milik sama seperti harga 490R yang diperolehi tahun lepas. Mulanya ingin mendapatkan model 498T Hot Alnico, tapi tiada dalam kemasan chrome. Unit kali ini diterima dalam keadaan masih ber"seal".
Pastinya ia akan dipasang pada abang long Goldie berpasangan dengan 490R tadi, menggantikan Julianbucker yang mungkin akan dipasang pada gitar lain. Kalau ada dana-dana perhobian tambahan dan jika promosi ini masih ada, mungkin akan menapau model lain pula.
_____
AADI: *Tatkala harga jenama lain makin melonjak naik.
1 comment
Di sini banyak stok Gibson (& jenama-jenama berkaitan) sudah banyak 'dilenyapkan' Swee Lee... Memandangkan MB adalah pengedar rasmi Gibson di Malaysia, implikasinya - Swee Lee sudah cuci tangan dalam hal ini.
Post a Comment