Menarik picu untuk sebuah lagi pedal TC Electronic iaitu Helix Phaser daripada website AV Electronics Marketing (AVEM) yang masih berdiskaun 50% (clearance) seperti pedal Ditto Stereo Looper dan Vortex Flanger sebelum ini.
Seperti Vortex, jika berharga runcit memang aku tak akan beli pun pedal ini. Tapi dengan diskaun 50% tadi, ia kini semurah pedal-pedal Behringer, tapi dengan klausa tiada waranti.
Tiga mode flanging iaitu Vintage TonePrint dan Smooth. Seperti pedal-pedal TCE lain yang memiliki opsyen TonePrint, pedal ini juga dibekalkan dengan kabel mini USB untuk memindahkan TonePrint yang dimuat turun daripada website TonePrint Library ke dalam pedal.
Pedal phaser begini biasanya hanya akan menjadi koleksi berbanding kegunaan. Jika digunakan pun hanya untuk "mewarnai" tona yang sedia ada. Maka tiadalah lagi GAS untuk mendapatkan pedal MXR M101 Phase 90 untuk mendapatkan bunyi ikonik itu, IYKYK.
_____
AADI: Pedal TCE yang kelapan dalam koleksi.
0 comments
Post a Comment