Lagi satu game nostalgia dimuat turun daripada Steam, selepas diiklankan pada harga promosi RM9.30 (harga asal RM31.00) terus masuk bakul.
Game rilisan penghujung 2008, ia dimainkan penghujung 2008 sehingga awal 2009 ketika masih belum berhobi gitar. DVD game ini (versi JS) sudah rosak, kali terakhir dimainkan penghujung 2012 (entri ini) ambil feel sebelum memainkan sekuelnya Far Cry 3 (definition of insanity).
Ini antara game FPS jenis open world yang (ketika itu) antara yang bergrafik cantik dan masih mampu dimainkan dengan rig yang sederhana (Dunia Engine) tidak seperti Crysis (CryEngine). Tapi kini dengan kehangatan berkonsul, ia hanya sempat dimainkan 10-15 minit sahaja selepas dimuat turun.
_____
AADI: Far Cry 4 dan siri seterusnya aku belum pernah main lagi.
0 comments
Post a Comment