Produk ini antara yang selalu "memanggil-manggil" aku bila lalu area tenusu pasar raya, susu berperisa kopi jenama Desa. Kerana harganya yang agak premium RM6.00-7.00 sekotak 500 ml membantutkan hasrat untuk mencubanya sebelum ini.
Rasanya? Fuh! Pendapat aku, ia lebih kepada rasa kopi pekat lemak bertenusu, dan rasa kopinya agak ikonik seperti rasa gula-gula kopi yang selalu kita makan waktu kecil dulu (bukan Kopiko). Jauh beza berbanding rasa minuman kopi susu tin atau susu berperisa kopi jenama lain. Pastinya pembelian berulang selepas ini.
Desa antara jenama tempatan yang terkenal di Sabah. Kalau bulan puasa, petang sebelum azan Maghrib di radio Sabah.FM pasti akan ada iklan kult "Ayam Segar Desa".
_____
AADI: Sapot lokal.
0 comments
Post a Comment