Filem Gladiator (rilisan 2000) merupakan antara filem genre "purba" kegemaranku sebelum dipotong oleh trilogi The Lord Of The Rings tahun-tahun berikutnya. Ini antara karya agung yang tak perlu ada sekuel. Tiap kali dengar lagu Smile Back At Death (Blaze Bayley) pasti akan teringat filem Gladiator.
Tapi dengan rekod lapangan yang teruk untuk filem-filem jenis sekuel, prekuel dan reboot mutakhir ini, aku mula skeptikal dengan Gladiator II. Lagi-lagi bila elemen wokeness dan DEI diselitkan tanpa mengira logik sejarah. Tapi atas dasar peminat filem purba, ini antara yang mesti-tonton untuk 2024 dan memilih tayangan 11.35 pagi di GSC Bintulu selepas mengambil kira faktor masa dan harga tiket (early bird).
Ia merupakan sekuel terus filem pertama, ada beberapa watak dari filem pertama ditonjolkan. Cuma selepas 15+ tahun (jarak masa antara dua filem) Rom masih lagi korup, seolah-olah pencapaian dan keputusan dalam filem pertama terasa sia-sia.
Ridley Scott sudah kehilangan sentuhan magis. Banyak idea dan plot yang dikitar semula daripada filem pertama tapi diolah supaya nampak berbeza, senang cerita seperti filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens yang me"rehash" semula Star Wars: Episode IV - A New Hope.
Walaupun ia tidak seagung filem pertama, namun ia cukup syarat untuk menghiburkan dan memuaskan hati peminat filem purba. Denzel Washington tetap ohsem melakonkan watak "Denzel Washington", beliau nampak kurus dalam filem ini berbanding berisi dalam filem Equalizer III tahun lepas.
Sekurang-kurangnya Pedro Pascal bukanlah watak utama.
_____
AADI: Aku setuju dengan ulasan Shad (spoilers).
0 comments
Post a Comment