Mengambil peluang diskaun 30% semua pikap jenama Gibson yang masih ada dalam inventori Swee Lee (dah tinggal sikit) sekali lagi untuk memancing seunit Gibson 490T Modern Classic (bridge) dengan kemasan emas.
Model 490T dipilih lagi kerana berpuas hati dengan prestasi 490R/490T pada abang long Goldie, selain faktor harga mampu milik berbanding model bridge lain - Burstbucker, 57 Classic, 500T - yang masih "mahal" walaupun selepas diskaun 30% tadi.
Diterima dalam keadaan yang tidak ber"seal", tanpa skru dan spring pikap (hilang?). Keluaran 2015 walaupun nampak masih baharu berkilat, tapi ada calar hairline di tengah-tengah pikap. Nasib baiklah ini unit clearance, kalau unit baharu pada harga asal/runcit memang hangin jugalah.
Kerana kemasan emasnya, kebarangkalian besar akan dipasang pada gitar rimau Tigera. Tapi kena tunggu ada pasangan seragam pikap neck yang sesuai barulah ada mood untuk memulakan projek. Sementara itu ia disimpan dalam koleksi peribadi seperti yang dirapu dalam entri Pickups R Us.
_____
AADI: Kan? Beli pikap gitar lagi...
0 comments
Post a Comment