Sudah lama mencari power supply yang sesuai untuk pedal board aku (yang sehingga kini tak menjadi-jadi) terutama selepas koleksi pedal-pedal TC Electronic yang semakin berkembang.
Menggunakan kaedah daisy chain sudah tidak praktikal lagi untuk pedal board yang memiliki lebih daripada empat pedal. Pernah bercita-cita untuk mendapatkan MXR M237 DC Brick, tapi terkejut bila harga produk MXR tiba-tiba melonjak naik pada tahun ini.
Nasib baiklah RockBoard memberikan alternatif pada harga yang boleh dikira masih mampu milik dalam bentuk Power Block. Seperti biasa produk Warwick diperolehi daripada Swee Lee dengan pengeposan percuma.
Pakej disertakan dengan 10 unit power cable dan adapter pelbagai soket. Dengan layout sama seperti M237; lapan output 9V dan dua output 18V, sudah cukup untuk digandingkan dengan RockBoard Tres 3.1 aku.
Akan buat entri berasingan bila pedal board dengan pedal-pedalnya selesai disusun menjadi sebuah gig-rig kelak. Itupun entah bila baru ada mood untuk memulakan projek.
_____
AADI: Pernah juga menyasarkan Joyo JP-05.
0 comments
Post a Comment