Album studio ke-11 Foo Fighters rilisan tahun lepas ini diperolehi daripada Inverno Music Station (Melaka) melalui platform Shopee mereka. CD audio kedua untuk tahun ini.
Seperti meneruskan tradisi empat album FF sebelum ini - Wasting Light, Sonic Highways, Concrete And Gold, Medicine At Midnight - yang menggunakan format slipgate, format yang paling aku tak suka. Mungkin sebab itu harga album ini lebih murah berbanding album-album seangkatan yang mencecah RM80 seunit.
Cover art pun seminimalis mungkin, mengalahkan album "mancis" Rammstein. Dan kemudiannya seperti buang tebiat kerana lirik-lirik dalam inlay pun ditulis dengan warna kelabu pudar berlatar belakangkan putih. Tiada gambar band, jimat kos fotografi?
Antara trivia album ini katanya didedikasikan kepada Taylor Hawkins dan mama Grohl (Virginia) yang kedua-duanya meninggal dunia dalam jarak masa yang dekat pada Mei dan Ogos 2022.
Kedua, semua drum tracks dimain dan dirakamkan oleh Grohl sendiri. Manakala drummer baharu FF Josh Freese hanya diumumkan ketika mula tour. Lagu ketujuh pula Show Me How dinyanyikan bersama-sama anak perempuan Grohl, Violet.
Mata 40an aku memang sukar untuk membaca kontras begini. |
Sebelum memperolehi album ini aku tidak pernah pra-dengar lagu-lagunya melalui mana-mana platform muzik online kononnya untuk mendapatkan feel seperti membeli kaset 90an dulu.
Aku ingatkan CD aku rosak, rupanya memang lagu sengaja "rosak" di penghujung.
Jika dua album sebelum ini banyak elemen pop 70an dan disko, album kali ini seperti FF kembali kepada akar alternative dan post-rock dengan lagu-lagu yang lebih catchy dan enjoy didengar. Baru 4-5 kali putar, rasanya aku suka lagu Under You, klasik FF. Seperti biasa, ripped jadikan MP3 untuk dipasang pada PC manakala CDnya dilayan dalam Imago.
_____
AADI: Selamat datang Julai.
1 comment
Aku masih gagal untuk mencuba dengar FF...
Mungkin ada baiknya juga...tak perlu la aku membeli cd2nya...haha...
Post a Comment