Rabu lepas (28/04/2021) genaplah 10 tahun abang long Goldie (Epiphone 1957 Les Paul Goldtop) dalam axology aku. Gitar aku yang pertama memegang pencapaian ini, teringat komen Berteromber dalam entri tersebut.
Cilok gambar Dead Eye Guitars. |
Walaupun nilai fizikalnya tidaklah sepremium So-Cal mahupun Shiro, tapi dari segi nilai nostalgik, gitar ini paling menang. Mengimbau kembali beberapa pencapaian dan perbatuannya...
1) Gitar kahwin - Ia akan sentiasa digelar "gitar kahwin" kerana dirancang sebahagian daripada prop Projek Mega 2011, tapi disingkirkan saat-saat akhir atas sebab-sebab tertentu. Ya, tahun ini juga genap 10 tahun aku berumahtangga, alhamdulillah.
2) Gig pertama - Ketika mula menyertai Metuk Ulau Projekt (ejaan ketika itu) inilah gitar yang digunakan semasa gig pertama yang aku sertai iaitu Opening Season Gig 2012 pada 25/02/2012.
3) Eksperimentasi pikap - Gitar paling selalu bertukar-tukar pasangan pikap; Plasma-2 gold set, PAF 36th/Super Distortion, Liquifire/Crunch Lab, PAF 36th/Super Distortion #2, ProBucker set, Sentient/Pegasus, H4/H4A, Plasma-X1 set, PAF 36th/Super Distortion #3, Dark Star zebra set dan terkini Alumitone/Deathbucker awal Januari lepas.
4) Slinkiness - Dalam banyak-banyak gitar aku, gitar ini memiliki feel tali paling lembut berbanding gitar berskala 24.75" yang lain (ex-Korina, ex-Nightfall, Deluxe, Shiro). Aku tak pasti apakah faktornya, mungkin fret yang digunakan adalah jenis medium berbanding jumbo, extra jumbo pada gitar-gitar lain.
5) Mojo pentas - Apa itu mojo pentas? Perasaan ohsem, yakin dan bersemangat ketika di atas pentas disebabkan faktor-faktor luaran. Dalam kes ini, faktornya adalah gitar yang digunakan. Setakat ini ada tiga gitar yang memiliki mojo pentas iaitu gitar ini, So-Cal dan ex-Neon.
Gambar lama, Nighfall sudah dilepaskan tahun lepas. |
Semasa buat entri ini, baru aku perasan, empat daripada lima gitar-gitar dalam axology terkini aku adalah berbentuk singlecut. Hanya So-Cal sahaja superstrat yang tak ada geng selepas Mr. Smith dilepaskan beberapa minggu lepas.
Cerita pasal So-Cal pula, tahun depan gilirannya pula menyambut ulang tahun ke-10. Sebaya dengan Lil'Ijau.
Bersempena point 2) di atas tadi, gitar ini dicadang untuk digunakan ketika sambutan ulang tahun ke-10 MUP kelak, mungkin selepas raya jika keadaan semasa kembali pulih, insya-Allah. Set pikap Alumitone/Deathbucker belum pernah lagi dipandu uji lagi untuk sessi jamming. Moga Goldie-senpai akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang untuk 10 tahun berikutnya.
_____
AADI: TerGAS pula dengan warna Pelham blue, hahaha...
3 komen:
Old is gold 👍🏾
ok la hadiah kahwin mana boleh jual 😊
Bro Sub - aged well too...
Bert - awal-awal lagi dah kena warning ayat yang sama, true story
Post a Comment