Pancingan terkini dari website Swee Lee Malaysia, mengambil masa hampir dua minggu untuk sampai ke Bintulu dek isu semasa. Selepas mencuba Primo Slinky, tertarik pula dengan satu lagi model terbaharu Ernie Ball bersaiz 9.5-46 dengan nama Turbo Slinky, hibrid antara Primo Slinky (9.5-44) dan Regular Slinky (10-46).
D'Addario juga kini sudah kembali setelah sekian lama tidak disenaraikan dalam website Swee Lee. Dua unit EXL120+ (9.5-44) dipancing untuk simpanan stok mengalahkan Primo Slinky yang bersaiz sama. Alasan mudah, D'Addario lebih tahan lama disimpan dalam stok.
Juga pembelian sampingan dua produk Dunlop iaitu kain penggilap fret System 65 Micro Fret Cloth dan set pick nipis Acoustic Pick Variety Pack PVP112.
Mutakhir ini aku lebih selesa menggunakan pick nipis dan sederhana 0.60-0.73 mm, tapi dalam "koleksi" pick aku lebih banyak pick tebal - Jazz III, Ultex, Big Stubby - yang rata-ratanya berketebalan 1.0 mm dan ke atas. Dengan set PVP112 ini, dapat dinilai siri/model pick nipis Dunlop manakah yang lebih serasi.
_____
AADI: Harapnya tiada sumpahan Ernie Ball untuk batch Turbo Slinky ini.
0 comments
Post a Comment