Mr. Smith (Jackson SDX) dibelanja dengan set tali baharu Martin Darco D9300 bersaiz 9-42. Ini batch lama kerana masih lagi berkotak berbanding bungkusan plastik pada batch baharu. Tapi tali di dalam semuanya masih berkilat bebas karat.
Ditala dalam E-standard sesuai dengan fungsinya sebagai gitar harian. Seperti kebiasaan gitar-gitar aku yang ber-Floyd Rose, tali dipasang secara songsang iaitu ball-end pada machine head (kecuali jika guna jenama Skull Strings!).
Juga menukar bridge Floyd Rose Special (FRS) dengan Floyd Rose 1000 (FR1k) yang dipau *dipinjam daripada So-Cal (FRS pasang pada So-Cal). Selain ketegapan FR1k yang lebih sesuai untuk kegunaan gitar harian, spacing tali pada pangkal FR1k ini ~2 mm lebih kecil berbanding FRS.
Satu "kelemahan" model SDX daripada pengalaman menggunakannya ialah sudut bucu fret yang amat curam, mudah untuk tali pertama high-E tergelincir. Adakah ia memang spesifikasi SDX? Selalu juga aku baca permasalahan SDX ini dalam ulasan dan forum gitar.
Jadi dengan menggunakan FR1k tadi, dapatlah menjauhkan tali pertama sekitar ~1 mm (pada fret ke-12) dari bucu fret. Walaupun hanya 1 mm, tapi amat bermakna dari segi feel dan ketenangan minda ketika jari-jari berada pada tali pertama.
*Nanti tukar balik. [Updated] dah pasang balik FRS.
_____
AADI: Mula dapat menerima karekter bunyi set pikap Lace Alumitone HSS.
2 komen:
Wah... D'Arco versi ini boleh dikira sebagai 'vintage' 😅
ada 2 kotak lagi dalam stok
Post a Comment