Dah lama teringin untuk mendapatkan tempat letak gitar (stand) jenis rak yang boleh menempatkan *3-5 gitar sekaligus. Sebelum ini aku menggunakan stand Stagg SG-A100BK (dua unit) yang bertahan sejak 2009, hanya span sahaja yang sudah lusuh, tapi badannya masih tegap.
Bila website Music Bliss mula menawarkan pengeposan percuma ke seluruh Malaysia untuk beberapa jenama tertentu dan ditambah pula dengan kupon 12.12 Grabpay, aku terus mendapatkan Gator Frameworks Rok-It RI-GTR-RACK3 ini, stand jenis rak yang boleh menempatkan tiga buah gitar elektrik.
Memasangnya agak senang, tak sampai 10 minit. Ia juga boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan atau dibawa ketika sessi jamming, gig atau livestream (jika ada lagi).
Namun aku masih cuak meninggalkan gitar-gitar di atas rak sebegini tanpa sebarang pengawasan kerana anak kecil aku si Arlo masih suka kacau gitar-gitar aku berbanding kakak dan abangnya ketika mereka berumur 2-3 tahun. Atas sebab tersebut, selepas sessi fotografi hanya satu gitar sahaja ditinggalkan atas rak ini.
Yang pasti ia tidak sesuai untuk gitar/bass berbentuk ekstrim bercabang-cabang seperi bass Francesco aku yang berbentuk Warlock. Superstrat dan singlecut tiada masalah...
_____
AADI: Patutnya aku pilih RI-GTR-RACK5, cun untuk kelima-lima singlecut aku.
0 comments
Post a Comment