Sabtu (12/10/2013) - Setelah memikirkan faktor kos, aku mengambil keputusan untuk mengekalkan pikap-pikap DiMarzio yang ada pada
Calypso aku (
DP158/
DP155) dan hanya menggantikan potentiometer (pot) yang ada kepada jenis push/pull.
|
Popo sebagai snek bekalan. |
Dalam kesempatan yang ada, aku juga akan melekatkan sticker carbon fibre (CF) yang diperolehi daripada kedai aksesori kereta pada pickguard gitar, supaya ia nampak "garang" (bak kata
Yustech GT) dari segi penampilan dan tidak lagi menjadi sekeping pickguard plastik berwarna hitam yang membosankan.
Nampaknya memasang pikap dan memateri komponen pada gitar yang mempunyai pickguard adalah lebih senang...
|
Guna dawai galvani untuk pembumian. |
Push/pull pot yang digunakan ialah DiMarzio
EP1201PP (500k audio taper) yang diperolehi daripada
Dead Eye Guitars beberapa hari sebelumnya. Dah alang-alang guna pikap DiMarzio, biarlah potnya juga DiMarzio.
|
Hasil kerja yang boleh dikatakan agak amatur. |
Tidak seperti pendawaian
Goldie yang menggunakan push/pull pot untuk opsyen series-parallel, push/pull pot pada
Calypso ni menggunakan pendawaian jenis *coil split. Pikap-pikap humbucker yang ada sekarang mempunyai opsyen untuk menjadi single coil. Dengan kata lain, sekarang ada enam jenis kombinasi bunyi, berbanding tiga sebelumnya.
Backplate penutup spring tremolo juga aku lekatkan dengan sticker CF untuk dipadankan dengan tema CF di bahagian hadapan. Proses keseluruhan (termasuk melekat sticker dan rehat makan Popo) mengambil masa selama empat jam dengan sekali pengulangan akibat kesilapan pematerian.
Sekarang
Calypso aku tidak lagi terbatas sebagai sebuah gitar "hot-rod" semata-mata, kerana kini ia boleh memainkan bunyi single coil (on alder body, very Stratocaster~) terutama untuk clean channel dan simulasi akustik - amat berguna untuk sebuah gitar pentas (stage guitar) yang serba-guna.
*More infos on coil tapping/splitting -
Fender,
Wikipedia.
_____
Ada apa: Sticker CF masih ada baki, rasa-rasa nak lekat pada
Mirage...
2 komen:
lebihan CF jika ditampal ke EMG type pickup lagi garang..hehe
byk lagi lebihan CF, sbb beli 1' x 4' tapi baru guna 1/4
Post a Comment