Hampir semua skru pada pickguard Candy (Charvel So-Cal Style 1 HH) ini telah berkarat di bahagian yang bersentuhan dengan kayu badan, bahagian permukaan yang terdedah kepada elemen pula tiada masalah.
Ini bukannya skru asal, kerana set skru asal (imperial) semua sudahpun berkarat teruk seperti ini dan telah ditukar sekitar 2015-2016 dengan set skru (metric) yang dipesan melalu eBay (ketika itu Lazada/Shopee masih lagi BBNU).
Paling teruk ialah karat skru yang berada bawah bridge, apabila dipulas untuk dibuka terus patah dan sebahagian skru masih terbenam dalam kayu badan. Buat masa ni biarkan sajalah, belum cukup perkakasan untuk melakukan kerja-kerja pengekstrakan.
Pasak bridge Floyd Rose pun ada sedikit tanda-tanda pengaratan juga di bahagian yang bersentuhan dengan kayu badan.
Teori aku, karat ini mungkin disebabkan kayu badan yang masih memiliki lembapan dan bukan faktor tempat penyimpanannya (peti buaya) yang memiliki tahap kelembapan terkawal.
Gitar ini sudahpun berada 12 tahun dalam axology aku, dan 16 tahun secara umum usianya (model 2008). Sepatutnya, makin berumur, makin kering kayunya...
_____
AADI: Masih lagi gitar paling resonans dalam axology aku.
0 comments
Post a Comment