Untuk kepuasan diri selain mengimitasi versi *USA SDQM, Jackson SDX (aka Mr. Smith) ini dipasangkan dengan pikap Seymour Duncan JB (TB-4) yang diperolehi dalam entri lepas menggantikan DiMarzio X2N sebelumnya.
Masih mengekalkan pikap neck dan mid BHK, tiada keperluan untuk menggantikan pikap-pikap singlecoil setakat ini. Penampilan gloss black JB ini pun secocok dengan kedua-dua singlecoil tadi.
Proses pemasangannya hanya mengambil masa 15-20 minit, cuma agak leceh kerana neck bolt-on perlu dicabut setiap kali ingin membuka dan memasang pickguard (rujuk entri ini).
Juga menggunakan kesempatan kali ini untuk menggantikan kapasitor "chiclet" asal dengan Roederstein 0.022uF tajaan YusTech GT selain output jack Switchcraft sebelum ini untuk meneruskan legasi beliau.
JB ini dikategorikan beroutput tinggi tetapi tidaklah segarang X2N. Karekter bunyinya unik, mungkin setaraf dengan Tone Zone pada So-Cal. Sesuailah dengan perumahnya yang menjadi gitar harian bertala E-standard. Harapnya bulan Mac nanti ada peluang untuk jamming.
Happy 64th birthday Mr. Adrian Frederick "H" Smith.
_____
AADI: *Dan bukan versi USA SDM.
0 comments
Post a Comment