Dalam entri pemasangannya, aku pernah kata:
"Aku perlu bersedia untuk menerima hakikat yang karekter bunyi gitar ini akan jauh berbeza daripada sebelumnya, kerana set Alumitone HSS ini bukanlah set beroutput tinggi."
"Ok, pemerhatian awal untuk set Alumitone HSS ini - agak senyap, sesenyap pikap aktif EMG. Karekter bunyi juga agak jelas dan nyaring (clean and bright), humbucker bridge agak PAF-ish kerana jenis medium output."
"Kelemahan? *Sustain terasa agak pendek, dan disebabkan karekter jelas dan nyaring tadi, sebarang kekucilan pada fretboard akan ketara."
Ketika SDX ini dibawa semasa sessi *soundcheck Santai Muzika malam 25/12/2020 (hari kejadian 26/12/2020 bawa Deluxe), aku mula perasan output tali high-E agak rendah berbanding tali lain ketika menggunakan pikap bridge. Untuk pikap neck dan mid tiada masalah.
Selepas disiasat, didapati kedudukan tali high-E betul-betul di penghujung magnet, mungkin sebab ini ia tidak dapat menangkap getaran tali high-E seoptimumnya. Ini mungkin kes terpencil jika menggunakan spacing bridge lebar seperti Floyd Rose (~52 mm), dan aku rasa tiada masalah pada gitar yang menggunakan bridge dengan spacing yang lebih kecil seperti traditional strat atau TOM (~50 mm).
+1 CF stickered pickguard. |
Ok, ini gitar Jackson, amat sinonim dengan hard rock dan heavy metal, lebih-lebih lagi ia signature Adrian Smith (walaupun bukan versi USA) dan akupun main metal. Memainkan tona jelas dan nyaring (clean and bright) bukanlah keselesaan aku, dah biasa guna pikap beroutput tinggi untuk menyembunyikan kekucilan fret.
Atas faktor-faktor ini dan di atas tadi, aku mengambil keputusan untuk menggantikan Alumitone dengan DiMarzio X2N. Cerita penuh pemasangan dibuatkan modal untuk entri berasingan kelak.
_____
AADI: Selingan semasa WFH..
0 comments
Post a Comment