Secara harfiahnya, blog YusTech dan theguitaraddict (entri Master Beez) merupakan rujukan utama aku untuk kerja-kerja pematerian pada gitar selain skematik rasmi yang didapati daripada internet.
Banyak idea dan kaedah pendawaian dan pematerian baru yang dipelajari daripada blog-blog tersebut, kebanyakkannya telah dipraktikkan untuk kerja-kerja pemasangan pikap pada gitar sendiri mahupun gitar rakan-rakan seMUUV (past projects: Hybrid LP, GAX30, 428B-DT, VX-2V, GRG270, DK2FS).
Kad nama dan resit pun nampak pro. |
Beberapa produk Switchcraft, kapasitor pelbagai farad dan beberapa alat bantu pematerian kemas terutamanya terminal contact.
Mula-mula teringin juga nak baiki semula pendawaian dan pematerian yang pernah dilakukan pada Goldie dan Calypso menggunakan benda-benda di atas, tapi bak kata pepatah Inggeris - jangan baiki benda yang tak rosak. Tapi tengoklah nanti kalau aku rajin...
15, 22, 47nF. - Sprague? Roederstein? |
Tangan dah gatal nak main pateri dan pasang pikap...
_____
Ada apa: And I think I need a new multi-meter too...
3 komen:
http://overseas.sanwa-meter.co.jp/items/detail.php?id=21#
untung la pandai patri mematri. heheheh
yustech:
fuh! sanwa terus
mba:
jimat upah servis :)
Post a Comment