Pernah mengintai gitar ini Ogos tahun lepas, tapi ketika itu aku memilih sebuah Epiphone Les Paul Custom (Tigera) kerana harga yang lebih mampu milik. Tapi bila ia ditawarkan semula pada harga yang semakin tersenyum, ditambah pula dengan dana-dana GLTL Deluxe beberapa minggu lepas, maka tertariklah picu impulsif merangkap gitar raya 2022.
Ya, sebuah singlecut lagi. |
Prestige Heritage Custom Deluxe MC ini diperolehi daripada The Guitar Lair dengan diskaun kaw-kaw penghabisan stok. Untuk rujukan, mengikut website Prestige Guitars harga runcitnya ialah USD1399. Tapi, dengan diskaun tadi harganya kini setaraf dengan sebuah Epiphone Les Paul Standard.
Didatangkan sekali dengan hardcase Prestige, amat berbaloi-baloi dengan harga tadi. Selain itu spesifikasinya boleh dikira mid/high-end dengan hardware berjenama; Grover Rotomatic tuners, GraphTech TUSQ XL nut, Seymour Duncan 59/JB, TonePros Tune-O-Matic bridge with TPFR roller saddle dan Bigsby licensed vibrato.
Spesifikasi lain sama seperti sebuah Les Paul Custom - mahogany neck, mahogany body, maple top, full thickness, double bound, mother of pearl block inlays, 24.75" scale, 22-fret - kecuali radius fretboard yang lebih moden 14" berbanding 12" pada Les Paul.
*Warnanya kelabu "metallic charcoal", tapi ada iras-iras warna hijau jade pada sudut-sudut tertentu seperti Kelisa Imago aku.
Headstock tak berapa ganas dengan emblem fleur-de-lis. Susunan tuning machine head 3+3 begini dengan sudut break angle selepas nut yang hampir lurus (seperti PRS) lebih mudah ditala. Ditambah dengan nut sintetik berjenama GraphTech TUSQ XL yang lebih licin berbanding plastik.
Nombor siri 100405 aku interpret sebagai unit kelima Ogos 2010, tapi ia nampak terlalu baharu untuk sebuah gitar buatan 2010. Mungkin nombor siri Prestige tidak menunjukkan tarikh keluaran seperti gitar-gitar lain.
Dengan potongan ala Les Paul Custom (full thickness, double bound) dan dengan tambahan Bigsby vibrato, aku menjangkakan beratnya seperti ex-Johnny (~4.7 kg). Tapi ia hanya sekitar 4.1 kg sahaja, lebih kurang berat abang long Goldie 4.0 kg (atau mutakhir 3.9 kg dengan pikap Alumitone).
Routing "isi perut" yang kemas bercat konduktif, wayar-wayar pun diikat kemas. Potentiometer menggunakan jenis Alpha 500k. Untuk elektronik (pikap dan isi perut) tidak akan dikacau selagi tiada masalah, tapi alangkah baiknya jika Prestige menggunakan pot jenis CTS atau Bourns.
Pengalaman pertama aku menggunakan Bigsby vibrato, sebenarnya ia merupakan floating vibrato klasik dengan mekanisma yang ringkas. Ditambah dengan roller saddle pada TOM dan TUSQ XL nut, sistem ini agak stabil dan amat jarang lari tuning.
Ini merupakan batch lama, masih menggunakan Bigsby "Licensed" berbanding Bigsby USA B5 untuk batch terkini seperti spesifikasi dalam website.
Fretboard yang kering, perlu rawatan minyak lemon. |
Begitu juga dengan 10 block inlays (hingga fret ke-21) berbanding sembilan (hingga fret ke-19) untuk batch terkini. Aku rasa gitar ini mungkin batch pra-2017 sebelum CITES, kerana fretboard masih menggunakan kayu rosewood berbanding pau ferro.
Setakat ini kelemahan yang aku jumpa ialah pickup ring neck menggunakan jenis rata dan bukannya tilted/slanted, jadi neck pickup nampak agak offset di situ. Buat masa ini biarlah, bila aku agak OCD kelak akan digantikan dengan pickup ring neck slanted.
Ya, selepas menjenguk kaviti pikap, pikap Seymour Duncan 59 (SH-1N) dan JB (SH-4) bertarikh keluaran 2014. Jadi, berpandukan teori pada perenggan di atas, gitar ini mungkin keluaran antara 2014-2016.
D'Addario label oren, EXL110 (10-46)? |
Daripada cerita yang aku dengar, gitar-gitar Prestige ini perkayuan badannya dibuat di Korea Selatan (40%) manakala selebihnya, final assembly dan QC (60%) dibuat di Kanada.
Kualiti buatannya setaraf dengan sebuah high-end Epiphone dan LTD 1000-series, taklah berani nak cakap setaraf Gibson sebab aku sendiri tak ada Gibson untuk perbandingan.
Berurusan terus dengan tauke Marc Warman yang katanya ingin kembali ke Kanada selepas ini, dan kesemua gitar yang masih ada di premis The Guitar Lair perlu dilepaskan (liquidation?) dengan diskaun sehingga 70%.
Nickname? Dengan penampilannya metallic charcoal, ia akan digelar CHUCKY derivasi daripada perkataan charcoal. Gitar pertama untuk 2022, axology aku kekal sembilan unit (Deluxe keluar, Chucky masuk), amat bertentangan dengan matlamat 2020 purge, bahaya ni, hehehe...
_____
AADI: *Adakah ia layak digelar IDK Sig Mark VII?
2 komen:
59 / JB - amacam?
satu PAF-ish, satu high output, terasa macam feel guna kombo DiMarzio PAF 36th + Super Distortion dulu
Post a Comment