Prestasi sistem tanpa wayar (wireless) digital murahan Muslady Airbridge MP-1 terutamanya beberapa kali ketika gig (di sini, sini, sini dan sini) sebelum ini amat memuaskan. Bagi aku jika ia dapat bertahan digunakan dua jam tanpa sebarang masalah dan gangguan sudah dikira berbaloi.
Menarik picu untuk seunit lagi wireless murahan menggantikan MP-1 tadi yang sudah *bermasalah. Kali ini biarlah daripada jenama yang dikenali berbanding jenama bukan-bukan Shopee/Lazada, sebab itu Joyo model JW-03 di pilih. Seperti biasa diperolehi daripada Music Bliss (pengedar rasmi Joyo?).
Model JW-03 ini lebih murah berbanding model JW-01 dan JW-02, katanya JW-03 kalah dari segi ketahanan bateri tapi menang dari segi input yang boleh dilipat-lipat berbanding JW-01/02 yang pegun.
Apa yang menarik, ketika digunakan lampu LED birunya seakan-akan mata Batman yang memakai mech-batsuit dalam filem Batman V Superman. Dalam keadaan pentas gelap, lampu LED ini amat terang, menjadi sedikit "bling-bling" pada gitar yang digunakan.
Belum berani untuk memilih jenama besar seperti Boss, Line 6, Sennheiser atau Shure. Untuk tahap aku, Joyo ini pun sudah kira cukup. Jenama lain yang boleh dipertimbangkan ialah Swiff Audio, Xvive, Nu-X dan Behringer?
*Terkini bateri penerima (receiver) MP-1 sudah kembang, belum ada masa untuk menggantikan baterinya seperti yang telah dibuat pada pemancar (transmitter) tahun lepas.
Sistem Takstar WGV-601 masih ada dan berfungsi, tapi agak tidak berapa relevan untuk kegunaan "grab and go" kerana unit receiver bersaiz sebesar sebuah stompbox dan perlukan kuasa luaran (adapter), selain masih menggunakan teknologi gelombang radio FM. Kalau sistem A8 pula memang tak boleh diharap langsung.
_____
AADI: Bila kembali guna kabel semasa jamming/gig terasa janggal pula.
0 comments
Post a Comment