Untuk bahagian Bintulu, DGR2019 ini dihoskan oleh Harley 9th Division (geng Bro Eden ni) manakala untuk hiburan muzika (gig) dikelolai oleh NorthSouth Punkster.
Untuk acara DGR2019 itu sendiri aku tidak akan mengulasnya di sini, boleh tonton sahaja montaj di atas untuk gambaran acara. Untuk acara persembahan pentas (gig) ia bermula sejak petang semalam (Sabtu).
Goldie kembali beraksi. |
Korawk Sekorok. |
Setlist standard - Pentagram Di Atas Pusara (lagu original MUP), Jerebu (parodi Kabus), 2 Minutes To Midnight dan The Trooper. Pada mulanya ingin membawa lagu Derita Seorang Filosuf (Medicine) tetapi terpaksa disingkirkan kerana Bob Kandar belum bersedia dengan lagu ini.
Bob Kandar yang mengejar masa kerana ada tugas (Hepi Sounds) di pentas utama Pesta Layang-Layang Antarabangsa Borneo yang berlangsung tidak jauh dari Paragon. Habis giliran MUP main, terus "hilang".
Dan seperti yang telah dijanjikan dalam entri yang lepas, khidmat abang long Goldie digunakan untuk gig kali ini, digandingkan dengan RP360 yang disambung terus ke effect return Fender Champion 100 atas pentas (Nuing pula guna Marshall MG100HCFX) untuk setup yang ringkas.
Tak banyak dapat aku cerita, habis persembahan 30 minit kemudian aku balik rumah kerana sudah berjanji membawa anak-anak keluar.
_____
AADI: Play-safe playlist.
1 comment
power!
Post a Comment