Pancingan pertama bersempena jualan May Day Sales! Bentley Music, sebuah amplifier head DV Mark DV Micro 50 M. M di sini katanya khas untuk "high-gain distorted lead tones" aka metal. Berdiskaun 70% atas klausa display unit (keluaran Jun 2017) menjadikan harganya semurah Joyo siri BanTamP XL. Model ini dan model Micro 50 yang lain (CMT, Jazz) sudahpun discontinued.
Hanya amp head, power cable dan invois sahaja ada dalam kotak, tiada manual disertakan (boleh download). Ia sebuah amp solid state dengan dua channel (clean dan drive) dalam casis yang kecil, tapi memiliki ciri-ciri sebuah amp head yang sempurna - foot-switchable channels, effects loop, 2x speaker output (minimum 4 ohm) dan digital reverb.
Berkuasa 50 Watts pada 8 ohm dan 60 Watts pada 4 ohm, kalau 16 ohm tidak dinyatakan, tapi pastinya akan lebih rendah daripada 50 Watts (mungkin sekitar 20-40 Watts kot?), *harapnya serasilah dengan kabinet Vox V110NT aku (16 ohm, 30 Watts). 50 Watts ni jika dipadankan dengan kabinet yang sesuai sudah cukup kuat untuk gig.
Distorsi pada drive channel cukup-cukup keras untuk sebuah amp metal tanpa perlu bantuan overdrive. Ia juga sesuai digunakan sebagai power amp untuk pedal platform dan multi-effects melalui clean channel ataupun cucuk belakang effects return, ikut keserasian patch/preamp. Tapi untuk setup aku, ia akan dipacu dengan GT-OD di hadapan untuk distorsi yang lebih keras.
Ciri pelik pada amp ini, jika headphone dicucuk pada output "phones" sepatutnya tiada bunyi pada speaker utama (defeated) seperti kebiasaan amp-amp lain. Tetapi tidak pada amp ini, bunyi masih keluar pada kedua-dua speaker dan headphone. Amat menjengkelkan jika ingin silent practice pada waktu malam kerana kabel speaker terpaksa dicabut (solid state amp, no load, no problem).
Tapi ciri ini amat berguna ketika persembahan live atau rakaman, kerana output "phones" boleh dihantar ke monitor dan/atau PA system.
Sesuatu yang agak pet peeve bagi aku ialah tulisan (script) pada panel nampak tak berapa sesuai, nampak "buruk" untuk sebuah amp metal, kan? Tapi tak mengapalah... Ada masa kelak mungkin akan dibawa ke REG Studio untuk digandingkan dengan pelbagai kabinet 4x12" yang ada di sana (RG412, LX412A). Saiznya yang kecil mikro amat memudahkan logistik, boleh muat dalam gigbag.
_____
AADI: *Mulalah terGAS kabinet 1x12" pula.









0 comments
Post a Comment