Sabtu (03/12/2022) - Sebelum bertolak ke Kelab Kidurong Bintulu, sempatlah bersantapan di Soto Nur Café setelah penat sessi jamming di studio Hepi;) sekitar 2.00-4.00 petang sebelumnya. Menjemput Herman Akmal (NV Unity, Sunday Mirka) sebagai bassist menjadikan line-up MUP kali ini full force 3-amigos.
Tiba di KKB sekitar 5.30 petang, acara masih belum bermula kerana belum ada pengunjung yang datang (tiada sambutan?), yang aku nampak hanyalah team sound system, ahli-ahli band yang lain dan beberapa orang rakan content creators termasuklah si Korawk. Lokasinya di Pavilion KKB, dewan yang sederhana besar tapi berhawa dingin sepenuhnya. Lokasi gig paling selesa setakat ini selepas Gold Mines.
Terus melakukan sessi souncheck, dimaklumkan lebih awal bahawa penyedia sound system acara ini ialah Soundwave yang biasanya hanya ada dua amp gitar (Kardon). Sebab itu aku bersedia membawa IRT-X untuk kegunaan sendiri (gitaris ketiga).
Secara tunggal, IRT-X ini cukup kuat (200W) untuk kegunaan pentas berskala kecil begini. Ia juga disambungkan ke PA system melalui DI out yang ada untuk sokongan sonik.
Menggunakan Candy untuk sessi ini sejajar dengan hasrat dalam entri ulang tahunnya yang ke-10. Nuing dan Methodman masing-masing menggunakan RG370AHMZ dan JS32 DKA Dinky, menjadikan 3-amigos kali ini team floating bridge. Sebagai band pertama kami dimaklumkan acara akan bermula selepas Maghrib sekitar 6.30 petang.
![]() |
IRT-X di depan drumset, cukup kuat. |
Setlist masih lagi bertahap "playsafe" kecuali dengan satu lagu cover percubaan untuk kali ini iaitu Derita Seorang Filasuf (Medicine). Sengaja diletakkannya sebagai lagu pertama kerana lirik yang masih segar dalam memori. Itupun masih ada terlupa lirik rangkap kedua...
Setlist
- Derita Seorang Filasuf
- Kabus
- Pentagram Di Atas Pusara (original MUP)
- 2 Minutes To Midnight
- The Trooper (encore)
Snippet menarik boleh ditonton dalam Facebook MUP. Video penuh lagu Pentagram dan Filasuf ada dirakam oleh si Korawk dan dimuat naik dalam Facebook Radio Bawah Tanah Sana dan YouTube-nya.
Sudahpun bersedia dengan sepeket Gaviscon untuk menangani sakit "post-gig syndrome" aku. Juga berterima kasih kerana penganjur yang ada menyediakan makanan dan minuman untuk ahli band dan petugas, sedikit sebanyak dapat melegakan kesakitan PGS tadi.
Persembahan kedua oleh band Dazegarden, band punk rock Bintulu. Kalaulah lutut aku tak sakit (faktor usia), teringin juga aku nak ikut junior-junior lompat dan berdansa bersama. Video persembahan ada di sini.
Sempat juga layan persembahan Medusa, band thrash metal old-school Bintulu. Bassistnya Asri pernah menyertai MUP sebagai seasonist semasa Bintulu Bike Week 2018. Video persembahan ada di sini.
Aku perasan, ramai ahli KKB yang datang sekitar pukul 7.00-7.30 malam. Mungkin acara sebegini dan di lokasi ini sesuai diadakan pada sebelah malam. Aku dan Methodman beredar sekitar 8.30 malam kerana ada urusan keluarga (beli barangan dapur sebelum kedai tutup). Tiada kesempatan menyaksikan persembahan dua band grunge Bintulu iaitu Buxnid dan Treasoner's Loyalty. Video mereka ada di sini, sini, sini dan sini. Tak pasti pula pukul berapa Bob Kandar balik... Nuing dan Herman Akmal bertahan sampai habis acara.
Post-mortem gig:
- Lokasi tempat kejadian memang top class, sayangnya kurang sambutan.
- Sound system walaupun ringkas tapi superb mungkin disebabkan dewan Pavilion memiliki rawatan akustik (carpeted floor, soundproof padded walls).
- IRT-X memang "rig of the match" aku untuk kali ini.
- Perlu kurangkan cover lagu Iron Maiden (era Dickinson) untuk mengurangkan PGS.
- Lagu Filasuf boleh menjadi lagu wajib untuk persembahan MUP seperti Kabus.
- Perlu cepat-cepat menyediakan lirik untuk 1-2 lagu MUP yang masih dalam proses latihan/demo.
Bolehlah secara rasminya sebagai penutup aktiviti kegitaran 2022 aku, Candy pun dah boleh direhatkan. Tahun depan lain cerita...
_____
AADI: #filasufyangmenderita
2 komen:
Rakam la lagu2 sendiri tu...buat dalam bentuk demo cd...sekurang2nya untuk kenangan...
bert - ada beberapa part aku dah upload kat Soundcloud sebagai arkib
mungkin nanti kalau dah jadi demo penuh (dengan vokal/lirik) masuk Soundcloud dan/atau platform lain juga, CD? akan dipertimbangkan...
Post a Comment