MUP tidak ikut bertanding (atas sebab-sebab tertentu) antara faktor MUP dipilih untuk mengisi slot tersebut. Manakala Cerobong Hitam pula menjadi band penutup yang akan membuat persembahan pada sebelah malam.
Disebabkan notis pendek, tanpa persiapan dan latihan keserasian, setlist gig minggu lepas digunakan. Kali ini MUP disertai oleh Azrul yang akan bertanding bersama-sama Natas, line-up 3-amigos lagi, yeah!~ Manakala tugas bassist digalas oleh Herman Akmal yang juga akan bertanding bersama-sama NV Unity (Korawk bercuti balik Mukah).
Persembahan MUP agak kureng sikit, mungkin kerana kurang persediaan selain masalah teknikal PA system/monitor yang sedikit sebanyak mengganggu komunikasi antara ahli kumpulan (hairannya, waktu soundcheck ok pula).
[Added 09/10/2019] Video persembahan ketujuh-tujuh band yang bertanding telah dimuat naik di Facebook NorthSouth Punkster. Selain kategori biasa yang diadili oleh juri, band yang mendapat LIKE tertinggi akan dinobatkan sebagai band paling popular pada peringkat akhir 19/10/2019 kelak.
Entri tergantung di sini, nanti ada masa dan gambar-gambar tambahan, aku akan sambung lagi...
_____
AADI: Main E-standard.
0 comments
Post a Comment