Pembelian agak impulsif sempena promosi 3.3 Lazada, sebuah pedal stompbox Electro-Harmonix (EHX) Tone Tattoo Analog Multi-Effects diperolehi daripada The Guitar Store. Dengan statusnya B-stock (display unit?), ditambah pula dengan kupon bertindih 3.3 Lazada membuatkan harganya menjadi 1/3 daripada harga runcit semasa.
Pedal ini sudah discontinued secara rasminya tahun lepas, harga runcit pula semakin naik mendadak (rujukan). Pernah terGAS pedal ini 10 tahun lepas tapi harganya ketika itu tidak mampu milik, aku hanya mampu pedal Metal Muff Top Boost sahaja.
Ia seperti tiga buah pedal EHX - Metal Muff, Neo Clone, Memory Toy - yang digabungkan dalam satu perumah. Distortion, chorus dan delay - tiga efek yang bagi aku sudah kira cukup untuk memainkan lagu-lagu metal atau rock.
Didatangkan juga dengan adapter 9.6 Volts kerana di dalam pedal memang tiada ruangan untuk bateri seperti pedal-pedal EHX lain. Mungkin tidak relevan untuk menggunakan bateri kerana biasanya efek chorus dan delay membuatkan bateri cepat habis.
Bahagian Metal Muff ada tambahan noise gate, walaupun ala kadar hanya satu tombol THRESHOLD, tapi lebih baik daripada tak ada langsung. Manakala bahagian Memory Toy (delay) disertakan dengan tombol GAIN tambahan yang amat cemerlang untuk menambah output, amat berguna ketika solo.
Aku perasan distorsi pedal ini amat sesuai untuk gitar talaan rendah, kerana bunyi nyaring "berpasir" Metal Muff akan diseimbangkan dengan bass-y talaan rendah. Selebihnya tak perlulah aku buat ulasan, temberang saja lebih. Yang pasti, ia akan lebih menjadi pedal koleksi seperti MT-2-3A, BC-2 dan MojoMojo Paul Gilbert.
Pembelian sampingan dua unit tali gitar Rotosound Roto Yellow Double Decker R10-2 (10-46 x2) dan Roto Purples R12 (12-52). TGS juga memberi sekeping pick tebal 1.20 mm berjenama Soloking sebagai hadiah percuma.
_____
AADI: Kirong = tattoo (Brunei).
0 comments
Post a Comment