Hari pertama - Sabtu 30/3/2019.
Disebabkan ada beberapa band terpaksa menarik diri (miscommunications) kebanyakkannya band dari Brunei, acara hari pertama yang dijadualkan bermula pukul 1.00 petang terpaksa dianjakkan sehingga pukul 3.00 petang untuk mengimbangi slot persembahan. Dan MUP menjadi band pertama yang membuat persembahan hari pertama (sepatutnya band ketiga).
Yang ini serius sikit berbanding entri sebelum ini. |
Sempat membuat sessi soundcheck hampir dua lagu full. Seperti dalam entri lepas, GT-10 dan Helix atas pentas milik band Alexandria, aku dan Nuing hanya menggunakan MS-50G.
Setlist: Kabus (Metalian), Pentagram Di Atas Pusara (lagu ori MUP), Warriors Ride On The Chariots (Metalucifer). Gig pertama MUP tanpa cover lagu Iron Maiden...
Ironinya, kesemua axes yang digunakan MUP (PFG5, SR300, RG331M) suatu ketika pernah menjadi axes aku. Ya ya, King V atas tu gitar baru aku, akan dibuat entri berasingan kelak.
Oops~ Terkucil @0:31 onwards.
Untuk sessi soundcheck dan persembahan, kebanyakkan gambar aku ambil daripada WhatsApp dan Facebook rakan-rakan.
Rasanya ini kali ketiga Korawk menjadi frontman (pertama, kedua), memberinya peluang dan pendedahan bagaimana tekanan menjadi seorang frontman. Dan seperti biasa, helaian lirik dibawa sebagai "rujukan".
Wounded Flame. |
Alexandria. |
Hari kedua - Ahad 31/3/2019.
Tidakpun merancang untuk datang pada hari kedua, tetapi ada pula kesempatan sekitar pukul 5.00 petang untuk datang. Daripada cara berpakaian, rata-rata yang datang hari ini ialah peminat punk, skin head dan grunge berbanding semalam yang lebih kepada metalheads.
Generations Of Oi. |
Ruin Mind. |
Post-mortem:
- Lokasi gig yang strategik - senang parking, senang diakses, luas, berhawa dingin, eksklusif dan paling penting tidak dibenarkan merokok di dalam (good call).
- Pentas yang kecil, pergerakan agak terhad.
- Frontman perlu lebih bersedia, berkeyakinan tinggi dan hafal lirik.
- Setlist yang pendek.
*More pic coming soon...
_____
AADI: Perlukah aku jadi frontman semula?
3 komen:
Bagusnya bila kawan-kawan terdekat beli alat muzik kita. Sekurang tidak hilang terus tanpa kesan. Saya ingin bertanya. Tuan beli Jackson King V.
Adakah sebab mendengar album lama Megadeth(era tajaan Jackson)? Hehe
kawan2 tau macam mana saya jaga gitar, dan ada yang dibantu dari segi pembayaran fleksi
sebab pilih King V? nanti saya jawab dalam entrinya kelak
Terbaik gaya Tuan. Saya baru sedar soalan saya berbau awas kepak (spoiler alert). Tiada masaalah, saya tunggu entri khasnya. Hehe
Post a Comment