Pancingan bersempena Year End Sale 2023 CK Music. Sebuah amp Blackstar Series One 10 Anniversary Edition (S1-10) berdiskaun 50%. Berbekalkan dana-dana hasil pelepasan ex-Sven beberapa minggu lepas terus dilaburkan untuk sebuah tube amp sebelum dirampas oleh benda lain.
Pada mulanya ingin mendapatkan HT-5R combo Mark I (Mark II masih mahal), untuk menggantikan HT-5RH head + HT112 cab yang telah dilepaskan tahun lepas. Tapi dengan diskaun 50% tadi, harga S1-10 ini hampir sama dengan HT-5R combo.
Spesifikasinya tak perlukah aku ceritakan, boleh rujuk demo oleh Dagan PMTVUK di atas.
Sebagai pembelian sampingan, menambah stok tali gitar jenama GHS yang juga berdiskaun 50% terdiri daripada Boomers GB9 1/2 (9.5-44), Burnished Nickel BNR-L (10-46) dan Coated Boomers CB-GBXL (9-42). Juga diberikan beberapa keping pick Blackstar dan sticker sebagai hadiah percuma.
Kebetulan sebelah malamnya ada sessi jamming di Luk Lalai Studio (NV Studio), amp ini dibawa sekali untuk dipandu uji prestasinya. Mungkin aku boleh rumuskan kelebihan dan kelemahan S1-10 ini berbanding HT-5 yang pernah dimiliki seperti berikut:
Kelebihan
- Edisi terhad ulangtahun ke-10 Blackstar (keluaran 2017), hanya ada 1000 unit seluruh dunia. Kini sudahpun discontinued, tapi masih boleh didapati dalam bentuk reinkarnasi Studio 10 KT88 yang lebih mahal.
- Speaker Celestion Seventy 80, berbanding in-house Blackstar 50 pada HT-5.
- Bahagian belakang speaker dilindungi sangkar logam. Dapat mengelak makhluk-makluk kecil masuk.
- Kuasa 10 watts berbanding 5 watts pada HT-5. Agak overkill untuk kegunaan bilik tidur, tapi cukup optimum untuk kegunaan studio jamming.
- Overdrive lebih keras (Series One, beb!), bass lebih boomy. Tapi tidak semetal Zombie II.
- Clean channel juga bisa menjadi crunch pada GAIN melebihi 12-2 o'clock (bergantung pada jenis pikap).
Kelemahan
- Tombol-tombol yang terhad terutama untuk melaras EQ, hanya ada ISF agak sukar mencari ruang sonik yang sesuai ketika jamming supaya tidak tenggelam oleh frekuensi lain.
- Tombol GAIN dan MASTER VOLUME yang dikongsi untuk kedua-dua channel clean dan overdrive. Sukar untuk mendapatkan keseimbangan bunyi antara keduanya pada nilai GAIN yang sama. HT-5 ada tombol VOLUME berasingan untuk setiap channel.
- Tiada indikator pada amp apabila channel overdrive dipilih, seperti LED merah pada HT-5.
- Tiada MP3/LINE input (tak penting pun).
- Tiada pilihan emulasi kabinet 1x12 atau 4x12 pada output headphone seperti yang ada pada HT-5.
Rumusan - Kalau nak guna sebagai platform pedal, clean channel memang cemerlang. Kalau nak full out distortion onslaught, overdrive channel memang keras. Untuk ulang-alik antara kedua-dua channel (footswitch disertakan) memang ada sedikit leceh disebabkan poin kelemahan nombor 2 di atas.
Tapi ini hanya pendapat aku, mereka yang berpengalaman ada cara atau kaedah untuk mengatasinya. Mungkin aku perlukan masa untuk membiasakan diri dengan karekter amp ini.
_____
AADI: Otomatik GAS Laney TI15-112 juga tewas.
2 komen:
50%?? Fuh... 😲
yup 50%, selepas 1 unit ni terjual terus letak balik harga asal 😅
Post a Comment