Mengikut jejak abang long Goldie beberapa minggu lepas, gitar rimau Tigera sekali lagi diberi peluang dipasangkan dengan set pikap DiMarzio PAF Pro/Super 3.
Seperti tahun lepas, ia juga dipasangkan dengan cover emas. Tapi kali ini dengan cover (Shopee) yang bertutup sepenuhnya, sesuai dengan hex-pole pikap moden DiMarzio. Tanpa cover, bobbin pikap-pikap DiMarzo nampak tidak menarik.
Teknik memasangnya juga kali ini agak proper berpandukan teknik melilin yang dipelajari daripada Julian Mokhtar dan Phillip McKnight. Cover emas kali ini agak serasi dengan gold hardware gitar berbanding cover tahun lepas yang bisa membuatkan aku OCD dan membukanya.
Kalau masih OCD juga, aku akan tukar TOM bridge dan stop tail yang sudah lusuh kemasan emasnya. Dengan teknik melilin tadi, cover ini sudah cukup ketat dan tak perlu dikunci dengan timah pateri, lebih mudah untuk membukannya semula jika sudah bosan kelak.
Dipasang secara full humbucker, tiada apa-apa perubahan pada litar isi perut. Juga dibelanja dengan set tali baharu GHS Boomers GB91/2 (9.5-44), set terakhir dalam stok. Ditala dan diintonasi pada Eb-standard.
Dengan set PAF Pro/Super 3 dan talaan Eb-standard tadi, gitar ini akan menjadi Les Paul utama untuk heavy metal, abang long Goldie dalam E-standard direhatkan. Itupun kalau ada jamming atau gig. Serius, sudah lama tak jamming...
_____
AADI: Tunggu YES CK Music untuk stok semula tali GHS.
0 comments
Post a Comment