Pancingan kedua bersempena jualan *May Day Sales! Bentley Music, sebuah pedal MXR EG74 Raw Dawg Overdrive. Dipesan dan diterima bersama-sama amp DV Micro 50 M dalam entri lepas, tapi dibuatkan entri berasingan.
Ia merupakan pedal overdrive signature Eric Gales, katanya berasaskan litar Tube Screamer akupun tak pasti dan tak kisah, overdrive is an overdrive. Tapi dengan diskaun 70% harganya kini semurah pedal-pedal Behringer plastik tu, kalau harga runcit asal memang taklah aku berminat.
Fungsinya sebagai overdrive tak perlulah aku jelaskan di sini. Jika anda boleh fikirkan overdrive jenis Tube Screamer, tapi dengan lebih gain dan EQ seimbang, begitulah fungsinya. Dengan adanya pedal ini, GAS untuk mendapatkan pedal Ibanez Tube Screamer Mini boleh dilupakan.
Pedal overdrive ketujuh dalam axology aku selepas AT Drive, MojoMojo, TO800, GT-OD, MojoMojo Gilbert dan SD-1-4A (hobi kumpul overdrive ke?). Mungkin akan diasimilasikan bersama-sama Fly Rig PL1 dan Impulse IR Loader sebagai gigrig mini.
_____
AADI: *Cuba untuk tidak membeli pikap gitar kali ini.






0 comments
Post a Comment