Tertambah satu lagi pedal stompbox dalam koleksi iaitu Boss SD-1-4A Super Overdrive 40th Anniversary. Pernah memiliki versi biasa SD-1 ini lapan tahun lepas, namun telah dilepaskan tahun berikutnya akibat dipaksa dipujuk oleh seorang rakan kegitaran yang teringin untuk memilikinya.
Unit terakhir daripada Sandman Guitar Centre, Batu Pahat melalui platform Shopee mereka. Menanti masa yang sesuai untuk menarik picu dengan diskaun dan baucar terhad Shopee, harganya kini lebih murah berbanding harga runcit versi biasa.
Tiada apa yang istimewa berbanding versi biasa, hanya kosmetik menjadi negatif (pedal hitam, tulisan kuning), tombol emas seperti OD-3 dan skru logam berwarna perak. Seperti MT-2-3A, ia akan menjadi pedal bertaraf koleksi.
Inilah kali pertama aku memperolehi pedal stompbox Boss unit baharu yang tidak dibekalkan dengan bateri 9V. Dan ia menjadi pedal overdrive keenam dalam axology semasa aku selepas AT Drive, MojoMojo, TO800, GT-OD dan MojoMojo Gilbert.
_____
AADI: Mencari DS-1-4A pula lepas ni?







0 comments
Post a Comment