Mengambil peluang untuk terus memasang set Seymour Duncan Jazz dan JB Trembucker (kontot) pada gitar Horizon (GrassRoots G-HR3-68) sementara pateri masih panas selepas projek memasang set EMG ALX/H1N dalam entri minggu lepas.
Dipasangkan set Jazz/JB ini berbanding jenama lain yang ada dalam simpanan (Lace, DiMarzio) kononnya ingin menjadikannya "proper" Horizon seperti sepupu Jepunnya Edwards E-HR-145III. Cuma versi Edwards menggunakan model Custom 5 (TB-14) berbanding JB.
Pikap asal gitar ini GH-1G (neck 14.7k, both 7.6k, bridge 15.1k) adalah keluaran G&B, jenama yang selalu dipasang pada gitar-gitar LTD model 200-series dan ke bawah.
Ruang kaviti pikap dengan routing yang kemas trademark kilang World Musical Instrument Co. Ltd. (Korea) dan dicat dengan cat konduktif untuk efek Faraday cage.
Pematerian tidak sampai 15 minit kerana hanya perlu memateri wayar pikap pada suis toggle sahaja., elektronik lain tidak perlu dikacau. Dipasang secara humbucker penuh, tak perlu opsyen split atau series/parallel bagai.
Dalam kesempatan yang ada dibelanja tali baharu PRS Classic Regular Light (10-46) yang sudah dua tahun lebih dalam simpanan (masih belum karat ye). Diintonasi dan ditala pada talaan drop-C# (atau naik Eb-standard jika perlu).
Agak perlukan sedikit masa membiasakan diri kembali dengan gitar bentuk superstrat bila sudah lama menggalas singlecut (Les Paul, Eclipse, Heritage, Ultra Swede).
Setakat ini hanya menjadi mainan di rumah, belum ada panggilan jamming apatah lagi gig atau persembahan awam. Rindu zaman MUP rajin turun naik studio jamming main lagu Iron Maiden.
_____
AADI: Tak perlu ulasan bunyi, temberang saja ni...
0 comments
Post a Comment