Untuk kali ke-17 (fuh?!) abang long Goldie bertukar pikap lagi. Mulanya ingin dipasang dengan set Seymour Duncan Vintage Blues tapi berubah fikiran bila memesan Julianbucker. Set Lace Alumitone/Deathbucker sebelum ini disimpan semula dalam stok peribadi.
Digandingkan dengan pikap neck Gibson 490R yang diperolehi bulan April lepas, menjadikannya ala set Gibson modern 490R/498T kerana Julianbucker ini dipesan mengikut spesifikasi Gibson 498T.
Wayar Julianbucker yang agak pendek (~20 cm) memang cukup-cukup sahaja sampai ke potentiometer. Pendawaian 50s Goldie ini masih dikekalkan. Seperti biasa, disusun dan diikat sekemas mungkin bagi meneruskan legasi arwah Yustech.
Proses mengambil masa sekitar sejam setengah, lebih banyak masa diluangkan untuk membersihkan gitar ini yang lama tersadai dan berhabuk.
Pada kesempatan yang ada, dipasangkan dengan set tali baharu GHS Boomers GB91/2 (9.5-44) yang telah lama dalam stok sejak Disember 2021 dan masih belum karat. Ditala dan diintonasi pada E-standard. Tunggu Year End Sale CK Music nak borong stok GHS lagi.
Dia share pula video aku main 2358hrs kelam kabut...
Penilaian awal, sebagai sebuah pikap high output, responsifnya sama seperti pikap high output pasif lain yang pernah aku guna - JB, Super Distortion, Tone Zone. Manakala 490R pula memiliki ciri-ciri standard pikap PAF, kombo playsafe aku untuk apa-apa gitar humbucker berkembar.
Dipasangkan semula dengan pickguard mengembalikan penampilan asalnya iaitu sebuah Les Paul 1957 Goldtop walaupun bukan pikap Gibson '57 Classic/Classic Plus. Disimpan dalam hardcase sehingga ada peluang untuk dipandu uji seoptimumnya jika ada sessi jamming kelak.
_____
AADI: Tetap sebuah Epiphone dan tak mungkin akan menjadi Gibson.
0 comments
Post a Comment