Dirisik oleh Bro Eden beberapa minggu lepas untuk "tengok-tengokkan" bass lagenda REG Studio ini iaitu Ibanez RB630 Roadstar II bass. Katanya bass ini sudah tidak lagi "senyaring" sebelumnya.
Ini adalah precision bass (P-bass) versi Ibanez yang sudah lama discontinued. Fizikalnya nampak dah bermusim, beat-up, relic'ed tapi masih berfungsi.
Daripada nombor siri D846063, bass ini katanya buatan April 1984, produk ke-6063 dari kilang FujiGen Gakki, Nagano, Japan. Fuh! 1984 aku baru masuk tadika.
Kali pertama melihatnya ketika digunakan oleh Adi Herman dalam entri MUP mula-mula jamming di REG Studio rehearsal untuk Oktoberfest 2012 keesokan harinya. Memang throwback ni...
Selain sebagai bass studio, ia juga selalu digunakan oleh rakan-rakan sepermuzika Bintulu jika ada gig atau persembahan umum terutama band The Once dan Daun Pisang.
Bro Eden kata selepas diservis sebelum ini, bunyinya sudah tidak "senyaring" dahulu. Aku tak pasti nyaring macam mana yang dimaksudkan. Kedua-dua bass aku di rumah (Tommy, Francesco) semua jenis active preamp, jadi tiada rujukan untuk bunyi sebuah bass pasif.
Aku suspek servis sebelum ini mungkin proses shielding ini kot? Tapi bacaan DC resistance pikap P-bass Ibanez ini sekitar 11k Ohm, standard DC resistance pikap P-bass Fender. Jadi aku beranggapan bukan masalah pikap, sebab pikap jarang rosak. Kedua-dua pot 250k volume dan tone pun semuanya ok.
Aku tak tahu nak buat apa, jadi aku overhaul semula pendawaian menggunakan elektronik asal dan diringkaskan seperti P-bass Musang Otai. Lagipun skematik P-bass paling senang dalam semua skematik gitar, sekejap saja pasang. Cuma aku tambah satu wayar bumi (grounding) dari bridge yang aku rasa terlepas pandang selepas proses shielding tadi.
Sekiranya selepas ini bunyinya masih tidak menepati citarasa, aku mencadangkan Bro Eden supaya mengganti kesemua elektronik di dalamnya - guna pots 500k, kapasitor 22pF, output jack dan berkebarangkalian besar pikap juga, sebaik-baiknya daripada Seymour Duncan atau DiMarzio.
_____
AADI: Bolehlah masuk KPI 2022 AADI.
2 komen:
aku pun dah lupa bila masa aku main bass ni haha
dance dance dance
Post a Comment