Kali terakhir memiliki album studio Ozzy Osbourne ketika era Scream 15 tahun lepas, kalau album kompilasi pula Memoirs Of A Madman lapan tahun lepas. Jadi aku agak ketinggalan bas cerita Ozzy ni sehinggalah trending konsert terakhir dan pemergian beliau beberapa bulan lepas. Tak lupa penampilan semasa penutup Sukan Komanwel 2022.
Album Patient Number 9 rilisan 2022 ini merupakan album studio ke-13 dan terakhir Ozzy, diperolehi melalui Shopee dengan harga berpatutan bersama-sama album Invincible Shield minggu lepas. Berteromber sudahpun buat entri album ini tiga tahun lepas.
Tak pernah dengar lagu-lagu dalam album ini menerusi mana-mana medium online. Memerlukan beberapa putar untuk menghadam keseluruhan album. Ada yang senang masuk, ada yang pelik sikit, tapi selepas pemergian beliau, intro "orang gila" lagu Patient Number 9 memang menyayat hati.
Kembali menggunakan khidmat Zakk Wylde sebagai gitaris utama. Juga berkolaborasi dengan nama-nama besar lain seperti Jeff Beck, Eric Clapton, Tony Iommi, Rob Trujillo, Duff McKagan, Mike McCready, Chad Smith, Taylor Hawkins dan ramai lagi. Ternyata inilah album penutup yang paling epik untuk legasi putera kegelapan metal kita semua.
Perlu mencari album Ordinary Man pula.
_____
AADI: Terima kasih Ozzy.







0 comments
Post a Comment