Gig rig yang dipasang pada pedalDrain (Pedaltrain-longkang) ini adalah sebagai tribute untuk Bro Sub The Guitar Addict, semoga cepat sembuh.
"Greetings, everyone. I'm down in the mean time, was diagnosed with blood complications with a high chance of it being cancerous. Spending time in the hospital as you read this. Watch this space for my re-bound & do keep me in your prayers. Cheers, out!"
Dua nadi utama dalam rig ini adalah gajet pemberian daripada Bro Sub iaitu Blackstar LT-Dual dan Laney IRT-Pulse. Sebagai tribute, rig ini akan aku gunakan semasa sessi jamming dan gig akan datang (ya, Krismas nanti ada gig).
Sama seperti konsep rig IRT-Pulse sebelum ini (#6, #5), cuma kali ini guna clean channel (edge of break-up) dan distorsi dibekalkan oleh LT-Dual. Silencer ditambah untuk menapis elemen noise daripada gitar dan MS-70CDR untuk efek CDR.
Sound samples? Tak payahlah, semua ini temberang saja... Atau tunggu nanti video sessi jamming/gig.
_____
AADI: Get well soon, bro...
1 comment
👍
Post a Comment