Pernah terGAS dengan sistem tanpa wayar in-ear monitor (wireless IEM) murahan Takstar seperti dalam entri 2021 ini, tapi tidak tertarik picu kerana belum ada keperluan ketika itu. Sehinggalah kekangan sonik ketika persembahan pentas gig SMR 2024 bulan Disember lepas bersama Erectus, aku perlukan IEM untuk keperluan akan datang (jika ada).
Memperolehi Joyo Wireless In-Ear Monitor System JW-07 ini daripada LBS Music World, Penang melalui platform Lazada untuk mengeksploitasi kupon diskaun dan pengeposan percuma. LBS kini katanya menjadi pengedar rasmi baharu produk Joyo dan Nu-X Malaysia. Dalam kotak berisi modul transmitter, receiver, USB type-C (charging) dan manual.
Sistem JW-07 ini ada empat saluran mengikut warna LED (merah, biru, putih, hijau) untuk dipilih sekiranya bertembung dengan peranti lain yang menggunakan frekuensi 2.4 GHz. Prestasinya mungkin seperti sistem JW-03 yang dimiliki, jika ia dapat bertahan tanpa henti lebih daripada 2 jam sudah kira cukup untuk kegunaanku.
Akan dipadankan dengan earphone IEM Lazada yang digunakan ketika MUP FB Facebook Livestream. Atau jika situasi/lokasi mengizinkan, guna *headphone BH 770 (closed back) atau HD-330 (semi-closed).
_____
AADI: *Bolehlah bergaya seperti Brad Delson di atas pentas.
0 comments
Post a Comment