Beberapa hari lepas dah buat entri pasal sinopsis Steam 2025, kali ni PlayStation Network pula merumuskan sinopsis ke-PlayStation-an aku untuk tahun 2025.
Juara masih lagi Red Dead Redemption II yang aku mainkan semula dua pusingan, pusingan kedua "low honour" tak habis, gaming fatigue. Doom Eternal terbaharu untuk senarai tahun ini sebab itu ada banyak dapat pencapaian (trophies) berbanding game lain yang dimainkan semula.
Hanya game Journey sahaja bukan aku yang main, ia dimainkan oleh anak autis aku Ijau Jr. yang hanya mengambil masa keseluruhan dua jam untuk dihabiskan, kalau betul ia true ending...
Secara peribadi, untuk 2025 tajuk Doom Eternal akan terpahat dalam memori kerana ia rancak dimainkan beberapa hari sebelum Bintulu dilanda banjir besar.
Selain Doom Eternal, juga ada mendapatkan game The Outer Worlds, kononnya untuk dimainkan ketika musim puasa lepas. Tapi sehingga entri ini ditaip, ia hanya pernah dimainkan 30-45 minit sahaja. Mungkin akan diterokai semula tahun depan bersama-sama Sekiro dan/atau GTA-V.
Akan kurang bermain PS4 untuk beberapa minggu akan datang, kerana lebih fokus untuk menghabiskan PC games Black Mesa (dah sampai Xen) dan seterusnya Tomb Raider I, II, III Remastered.
_____
AADI: Dia suruh beli PS5 pula kalau nak main Atlantis/Catalyst.







0 comments
Post a Comment